Tuesday, April 21

Resepi Pasta Cheese BBQ & Ayam Grill Mix Herbs

Salam ...

Untuk penggemar pasta, jom buat dirumah. Mudah dan simple, hanya guna susu dan slice cheddar chese perisa BBQ sahaja. Ayam grill pula diperap dengan mix herbs.

Pasta BBQ cheese dengan ayam grill mix herbs home made :)

Bahan-Bahan;
- 1/2 Pack Pasta (Direbus)
- 1 Keping BBQ Cheese Cheddar
- 1/2 Biji Bawang Holand (Dicincang)
- 1/2 Cawan Susu
- 1 Sudu Minyak Masak
- Sedikit Mix Herbs
- Garam Secukup Rasa
Macam ni la rupa kuah cheese yang telah siap. 
Hanya perlu masukkan pasta dan masak sehingga kering.
Cara-Cara;

1. Panaskan minyak dan tumis bawang holand sehingga naik bau.
2. Masukkan susu, sedikit mix herbs dan garam, tumis sehingga didih.
3. Masukkan kepingan keju cheddar perisa BBQ, kacau rata sehingga cair.
4. Masukkan pasta yang telah direbus, kacau sehingga kuah kering.
5. Hidangkan bersama ayam grill dan salad.


 Taburkan chili flakes untuk yang suka pedas. Nyum~ ;)

Untuk ayam pula, hanya perlu perapkan ayam bersama mix herbs, minyak zaitun, serbuk kunyit dan garam. Kemudian grill diatas pemanggang. Bila dah masak, hidangkan bersama pasta :)

Untuk kaki cheese, bolehlah masukkan sebanyak mana cheese yang korang suka. Macam BW sekeping pun dah cukup, kalau banyak nanti rasa muak. Walaupun suka sangat makan cheese cake, tapi kalau jenis yang savory macam ni kurang gemar cheese yang overdose :p


Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

6 comments:

  1. cheese ni mmg favourite anak2..mmg laju anak2 makan kalau msk nihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... anak-anak memang suka semua yang bercheese :)

      Delete
  2. Tak susah sangat, boleh gak try nanti ^-^

    ReplyDelete
  3. Suka la resepi bw..mmg ringkas dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. kalau boleh memang nak masak ringkas-ringkas aje selalu :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...