Friday, April 17

Resepi Sambal Sotong Kering. Aroma Semerbak.

Salam ...

Ada sesiapa suka makan sambal sotong kering tak? Husband suka sangat. BW pun suka juga, cuma yang tak bestnya kalau masak, bau satu rumah :p Sekali sekala ...

Sambal sotong kering ni sedap dimakan dengan nasi lemak.

Bahan-Bahan;
- 2 Keping Sotong Kering
- 20 Helai Cili Kering  (Dikisar)
- 2 Biji Bawang Kecil  (Dikisar)
- 2 Biji Bawang Besar (Dikisar)
- 4 Ulas Bawang Putih (Dikisar)
- 1 Cawan Minyak Masak
- Garam (Secukupnya)
- Gula (Secukupnya)
- Air (secukupnya)

Nota: Jika bawang besar yang digunakan bersaiz agak kecil, masukkan empat biji semasa cili dikisar. Jika bawang besar bersaiz betul-betul besar, cukup sekadar dua biji.

Rendam sampai kembang macam ni kay.

Cara-Cara;

1. Sotong kering dipotong dan direndam semalaman atau seharian (make sure tukar air rendaman)
2. Masukkan bahan kisar, dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan sotong kering yang telah direndam. Masak sehingga sotong agak lembut.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit sekiranya sambal kering.
5. Bila sotong dah lembut, masukkan gula dan garam.
 Macam ni la rupanya bila dah masak, sambal pun dah pecah minyak

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...