Sunday, July 5

Resepi Mudah Pajeri Terung Tanpa Kerisik

Salam ...

Resepi dan resepi lagi. Blog ni adalah blog berkisar tentang cerita, resepi dan review. So, bulan puasa ni lagi la kerap upload resepi :) Jom masak pajeri terung tanpa kerisik untuk berbuka nanti.
pajeri terung nenas sedap
Resepi Mudah Pajeri Terung Dan Nenas Tanpa Kerisik. Cara Masak Pajeri Terung dan Nenas Sedap Pekat
Pajeri terung ni biasanya digemari orang utara, macam suamiku :)
pajeri terung nenas sedap
Kenapa tanpa kerisik? Sebab BW tak rajin nak buat kerisik yang ambil masa lama tu. Dan tak tahu kerisik yang mana yang sedap kalau nak beli. Pengalaman BW beli kerisik dipasaraya, dapat kerisik tengik, habis tengik masakan, buat rugi ajer. So, memang dah tak beli :)
pajeri terung nenas sedap
Resepi Mudah Pajeri Terung Dan Nenas Tanpa Kerisik. Cara Masak Pajeri Terung Goreng dan Nenas Sedap Pekat
Goreng sampai kering dan separuh lembik macam ni kay.
pajeri terung nenas sedap
Bahan-Bahan;
pajeri terung nenas sedap
- 5 Biji Terung Bulat
- 1 Cawan Santan Pekat
- 1 Sudu Besar Serbuk Kari (Membukit)
- 1 Sudu Besar Rempah Soto Mak Siti (Membukit)
- Rempat Empat Sekawan Klik Sini
- 1 Sudu Besar Gula Perang (Membukit) 
- Minyak Masak Secukupnya
- Garam Secukup Rasa
- Sedikit Air
pajeri terung nenas sedap
Bahan-Bahan (Kisar);
pajeri terung nenas sedap
- 1 Susu Besar Udang kering
- 5 Tangkai Cili kering
- 2 Biji Bawang Besar
- 2 Biji Bawang Kecil
- 2 Ulas Bawang Putih
- 2 Biji Buah Keras
- Sehiris Halia
pajeri terung nenas sedap
Resepi Mudah Pajeri Terung Dan Nenas Tanpa Kerisik. Cara Masak Pajeri Terung dan Nenas Sedap Pekat
Bila bahan kisar dan garing dan pecah minyak barulah masukkan terung.
pajeri terung nenas sedap
Cara-Cara;
pajeri terung nenas sedap
1. Terung bulat dipotong empat. Kalau terung biasa, potong dua aje.
2. Terung digoreng hingga garing dan sedikit lembik seperti gambar.
3. Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan bersama bahan kisar.
4. Masukkan gula time menumis. Masuk awal supaya gula tu caramelized.
5. Masukkan sedikit air dan kacau, kemudian masukkan serbuk kari dan rempah soto.
6. Masak sehingga pecah minyak, pastikan kacau sentiasa supaya tidak hangus.
7. Masukkan terung dan santan pekat, gaul dan sentiasa dikacau.
8. Bila dah mendidih masukkan garam, kacau sebati dan tutup api.
pajeri terung nenas sedap
Resepi Mudah Pajeri Terung Dan Nenas Tanpa Kerisik. Cara Masak Pajeri Terung dan Nenas Sedap Pekat
Masak sampai mendidih, pastikan sentiasa dikacau.
pajeri terung nenas sedap
Actually BW lebih suka pajeri nenas. Pajeri nenas lebih sedap sebab nenas mengeluarkan rasa masam dan manis. Kalau terung ni sedikit pahit. Dah tak ada nenas, terung pun ok jer ;)
pajeri terung nenas sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
pajeri terung nenas sedap

18 comments:

  1. saya klu dpt nenas ke terung ke , saya ratah je ... heheeee

    ReplyDelete
  2. biasa buat letak kerisik...dan ada kelainan sikit kerana BW letak rempah soto

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sepatutnya letak kerisik ... tapi tak pandai buat kerisik. nak beli, takut terbeli kerisik tengik :)

      Delete
    2. ambik kelapa parut yg hitam2 sikit(kerak kelapa),sangai @ goreng tanpa minyak hingga jadi coklat tua,bila dh ok,tumbuk sampai lumat dan hingga berkilat (keluar minyak)senang jer...selamat mencoba๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

      Delete
    3. yezze, bunyi macam senang ... yang tak senang part nak kaup balikkan kelapa tu, nak berdiri depan kuali lama-lama :p

      kalau jenis yang suka masak guna kerisik, sesuai lah masak kerisik sendiri, boleh guna selalu. tq for sharing :)

      Delete
  3. terliur la BW.. nasib baik dh petang. heehehe :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...