Thursday, October 1

Muntah Dan Pening Macam Mengandung Pula

Salam ...

Lima hari dah tak update blog, rasa macam dah bersawang pula :p Biasanya update setiap hari. Gara gara muntah, tak online beberapa hari ;)

Gambar Baby Kartun Bayi Muntah
Muntah-Muntah

Beberapa hari yang lepas my dotter yang empat tahun kena muntah-muntah. Then berjangkit pula dengan my son dua tu. Diorang berdua ni kena muntah-muntah pula serentak. Memang tak menang tangan jadinya. Penat mengelap dan membasuh sana sini. Diorang kena muntah-muntah yang teruk selama dua hari.

Bila my dotter kena muntah-muntah ingatkan disebabkan jerebu. Sebab dia muntah-muntah tak teruk pun. Tapi bila my son berdua tu kena muntah-muntah teruk, jadi confuse dan cuak terus ke klinik. Tapi doktor kata salah makan ajer.

Puaslah BW pikir apa yag diorang makan sepanjang hari. Tak ada pun makanan yang boleh menyebabkan muntah rasanya. Puas teka itu ini dengan encik suami, baru teringat. Budak berdua tu suka masuk bilik air, buka paip sinki, tadah dalam mainan dan minum. Sejak si baby yang setahun tu pandai buka paip, suka sangat dia masuk toilet, yang si abang dua tahun pun join sekali.

Nasib baiklah muntah-muntah dua hari je. Kalau tiga hari memang dah plan nak pergi hospital. Kalau anak-anak kecil yang muntah-muntah memang la cuak. Tak tidur malam jadinya. Sebab malam-malam pun muntah juga.

Si baby pula selalu sangat muntah dekat my baju. Akhirnya BW pun terjangkit muntah-muntah juga. Tapi muntah-muntah dan pening sehari aje, dua hari lepas tu kena pening-pening, mual dan sakit kepala. Rasa macam mengandung lak time tu. Ye la, pening, sakit kepala dan muntah-muntah then tidur ajer sepanjang hari sama la macam mengandung dulu ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

16 comments:

  1. ishh teruk gak kalo dah masuk 2 hari, mummy kalo kena sehari pun dah lemah longlai. Apa2 moga cepat sembuh .. sekarang memang tengah musim penyakit. Take Care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, memang lemah macam mengandung :p tq mummy

      Delete
  2. Replies
    1. amin ... actually dah sembuh, tu yang dah start berblogging :)

      Delete
  3. Moga kembali sihat seperti sedia kala yer...

    ReplyDelete
  4. kn jaga.. muntah2 ni akan buat badan kehilngn air

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, memang minum air masak banyak-banyak :)

      Delete
  5. Bahaya kalau muntah-muntah.. Mujur dah sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually kalau diri sendiri yang muntah rasa macam takpe ajer, tapi kalau anak-anak yang muntah rasa bahayanya ... nasib baik dah sembuh :)

      Delete
  6. pakat2 muntah.. dh baik ke anak2 BW ?

    ReplyDelete
  7. ni mesti kes jerebu teruk ni kan. Alhamdulillah skrg semua dh sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu salah satu faktornya kot ... tapi maybe sebab diorang suka main air paip dan minum

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...