Thursday, October 29

Teori Kes Terjun Bangunan Ibu Berpantang 10 Hari

Salam ...

Korang ada baca tak ramai yang share pasal "Seorang wanita yang baru bersalin dipercayai terjun dari tingkat 26 sebuah pansapuri dipercayai akibat kecewa gagal menyusu badan anaknya yang berusia 10 hari". Ada baca detailsnya tak? Cer bagi pendapat sikit ...

Kes Terjun Bangunan Ibu Berpantang 10 Hari
Tragedi hari ke-10

Korang rasa logik ke ibu-ibu yang tak keluar susu badan, boleh stress sampai sanggup bunuh diri? Ibu-ibu yang kehilangan baby waktu bersalin pun, diorang stress meroyan tak sampai tahap bunuh diri kot. Takkanlah tak keluar susu badan dia sanggup bunuh diri kan? Ibu mana yang sanggup tinggalkan baby yang baru dilahirkan?

Cer korang baca cerita details. Klik pada gambar keratan akhbar dibawah ni kay, supaya lebih jelas.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Dah baca dah? So, dalam kes ni dia berpantang dirumah sendiri dengan suami dan maid dialah. Tak ada isu tekanan dari ibu sendiri ke, ibu mertua ke, family ke, biras ke kan. Takan la disebabkan tak keluar susu tu dia stress melampau sampai sanggup bunuh diri kan?

So, BW nyer teori ialah ... Jeng! Jeng! Jeng! Yer betul, dia memang stress. Wanita berpantang memang senang stress. Tapi rasanya isu susu badan tak keluar tu bukan alasan kukuh yang mendorong dia bunuh diri. Ada isu lain yang maybe semua orang tak tahu hanya dia sorang sajer yang tahu. Isu yang memang boleh menyebabkan stress tahap gaban, memang down, memang mendorong kearah bunuh diri. Contohnya, suaminya kantoi curang. Tu contoh jer tau :p

Still wondering, apalah puncanya sampai dia stress tahap sanggup bunuh diri. Apapun, al-fatihah buat arwah. Jangan judge dia. Wanita berpantang yang stress melampau memang agak sukar berfikir dengan waras. Especially kalau isu yang distresskan tu adalah sesuatu yang mengaibkan dan tidak boleh dikongsi dengan sesiapa.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

16 comments:

  1. betul tu...mungkin ada mslh dgn suami...tapi ada juga sperkulasi yg nak salahkan ibu2 yg sokong penyusuan susu ibu ni..kata nak rendah-rendahkan yg xdpt susukan ank..aduh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe ada masalah lain kan ... dia seorang akauntan berusia 30 tahun bukannya remaja lepasan spm berusia 17 tahun ... setakat pandangan negatif orang lain, tak akan memberi kesan mendalam pada dia, inikan pula jadi penyebab bunuh diri ... wartawan tu just interview suami dia lepas tu buat andaian sendiri penyebab kematian.

      Delete
  2. Replies
    1. kannn, mesti ada masalah lain ... alasan tu tak logik ... wartawan tu memandai buat andaian berdasarkan interview suami dia sahaja.

      Delete
  3. ada gak baca berita ni dan terkejut dgn stment stress sbb susu x kluar bagi JM sendiri itu bukan alasan yg kukuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn maybe ada alasan lain dia stress ... tak logik benor susu tak badan keluar, sanggup bunuh diri

      Delete
  4. Rasanya itu bukan sebabnya.. Apa-apa pun, hanya dia dan Allah swt je yang tahu..

    ReplyDelete
  5. Ate nye... udah jadi pengulas berita pulak ke deme... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nak mengulas la juga ... macam tak puas hati dengan semua-semua yang menghentam si mati, kesian dia

      Delete
  6. apapon sebagai org islam dilarang bunuh diri. hurm mcm2 hal skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... dilarang bunuh diri kan ... tapi dalam kes ni dia stress pantang ni, takut dia tak boleh berpikir dengan waras jer time tu, kesian juga kat dia

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...