Tuesday, October 27

Resepi Dan Cara Buat Roti Bagel Lembut Sedap

Salam ...

Korang pernah dengar tak roti bagel? BW pun baru-baru je ni tahu kewujudan roti bagel ni. Selalu tengok rancangan makanan di Travel Channel, mat salleh ni suka makan roti bagel.
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Resepi Roti Bagel Lembut Gebu Sedap. Cara Buat Roti Bagel Lembut Sedap Simple Senang
Roti bagel air tanganku. Walaupun tak santek, tapi sedap :p
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Bahan-bahan nak buat roti bagel ni sama ajer macam nak buat roti yang lain-lain tu (Klik Sini untuk resepi asas roti) Cuma teknik dia lain sikit. Kena rebus dengan air gula seround baru bakar. Ni first time BW buat roti bagel. Memang sedap, nak nak makan time panas-panas. Lembut ajer. Walaupun just guna tepung gandum tapi lembut sangat. Kalau guna tepung protin tinggi tambah dengan bread softener lagi lah bertambah-tambah lembutnya kan :)
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Bahan-Bahan;
resepi roti bagel lembut sedap gebu
- 1/2 Kg Tepung Gandum
- 1/2 Pack Yis Mauripan
- 1 Sudu Besar Shortening
- 2 Sudu Besar Susu Tepung
- 2 Sudu Besar Gula
- Air Secukupnya
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Air Rebusan;
resepi roti bagel lembut sedap gebu
- 1/2 Jug Air
- 3 Sudu Besar Gula Perang
- 3 Sudu Besar Madu
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Sapu Dan Tabur;
resepi roti bagel lembut sedap gebu
- Telur Kuning
- Biji Popi (Jika Ada)
- Coklat Rice
- Oat / Nestum
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Cara- Cara;
resepi roti bagel lembut sedap gebu
1. Masukkan tepung gandum, yis, susu tepung & gula dan gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung dan uli.
3. Uli sehingga menjadi doh yang tidak terlampau lembik atau keras.
4. Masukkan shortening dan uli lagi sehingga doh tidak melekat ditangan.
5. Biarkan doh mengembang menjadi 2 kali ganda saiznya.
6. Bulat-bulatkan doh dan lubangkan menjadi seperti donut.
7. Biarkan dia mengembang kemudian rebus selama 4 minit.
8. Rebus dua minit dibawah, pusing rebus lagi 2 minit diatas.
9. Letakkan diatas loyang yang digris dan sapukan kuning telur.
10. Taburkan biji popi diatasnya atau apa sahaja yang kita suka.
11. Bakar pada suhu 250 celcius selama 10-15 minit.
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Untuk air rebusan tu, sepatutnya guna maple syrup. Dan sepatutnya roti bagel original ditabur biji popi. Tapi manalah ada stok maple syrup dan biji popi kat rumah ni, so BW gantikan dengan bahan yang ada didapur sahaja. Untuk kembangkan doh dalam masa singkat pula, Klik Sini.
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Resepi Roti Bagel Lembut Gebu Sedap. Cara Buat Doh Roti Bagel Lembut Sedap Simple Senang
1. Kembangkan doh menjadi saiz double.
2. Bulat-bulatkan doh.
3. Lubangkan doh jadi seperti donut.
4. Biarkan doh mengembang lagi.
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Resepi Roti Bagel Lembut Gebu Sedap. Cara Buat Doh Roti Bagel Lembut Sedap Simple Senang
1. Didihkan air bersama madu dan gula perang.
2. Rebus doh selama dua minit.
3. Pusingkan dan rebus lagi dua minit.
4. Masukkan dalam loyang dan sapu kuning telur.
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Resepi Roti Bagel Lembut Gebu Sedap. Cara Buat Roti Bagel Lembut Sedap Simple Senang
Beginilah rupa plain bagel yang dah siap dibakar.
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Resepi Roti Bagel Lembut Gebu Sedap. Cara Buat Roti Bagel Lembut Sedap Simple Senang
Plain bagel, oat bagel dan chocolate rice bagel.
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Resepi Roti Bagel Lembut Gebu Sedap. Cara Buat Roti Sandwich Bagel Lembut Sedap Simple Senang
Sandwich telur dengan roti bagel.
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Roti bagel sedap dimakan panas-panas. Rangup diluar lembut didalam. Kalau dah sejuk rasanya kureng sikit lah. Roti bagel ni sesuai dimakan begitu sahaja, sesuai dimakan dengan butter dan jem, sesuai juga dibuat roti sandwich dan roti burger.
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Selamat Mencuba!
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Entri Berkaitan;
resepi roti bagel lembut sedap gebu
1. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
2. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
3. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
4. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
5. Resepi Asas Puding Kastard
resepi roti bagel lembut sedap gebu
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
resepi roti bagel lembut sedap gebu

24 comments:

  1. Replies
    1. samalah ... time tengok TV tu rasa excited nak cuba sebab first time tengok doh direbus :)

      Delete
  2. 1st time kak dengar roti bagel ni... hehe.. nampak sedap sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. famous kat mat salleh jer ni ... kat malaysia belum famous lagi teknik rebus doh ni kot :)

      Delete
  3. mula2 ingtkn roti BOGEL, harhar2.,
    rajinnyer buat roti donut tuuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nayo la kalau ada nama roti bogel kan ... ni donut spesis rebus dan bakar. anak-anak suka makan, ibu nya merajinkan dirilah :)

      Delete
  4. Salam singgah sini sis...nmpak sedap lah sis tapi diana baru dengar nama roti bagel...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam diana ... roti bagel tak famous kat malaysia ;)

      Delete
  5. Kalau rajin nanti Zumal nak try buat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. try zumal try ... kalau zumal pandai buat roti, tergugat awek-awek semua hehe :)

      Delete
  6. ahaa..resipi ni buat sbb x guna oven ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna la JM ... rebus dulu pastu bakar :p

      Delete
  7. Nampak sedap tu. . rasaya aiza tak pernah makan roti bagel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat malaysia tak femes roti ni sebab biasa kita makan donut yang goreng tu :)

      Delete
  8. Bila nk buat roti silang2 auntie ann yg mahal glorzzz tu..

    Cepat lh buat... hihihi...

    Pastu jgn lupa bg sikit kt sy ye... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yang tu maybe tak buat kot ... tak kuasa nak beli bahan-bahan mahal, sebab belum tentu jadi sedap macam auntie ann tu. baik beli ajer, sure sedap ;)

      Delete
    2. Oooo bahan dia mahal ea.
      Sy x pnh lg buat sebarang roti...

      Ingat nk try... tapi malas... haha...

      Padah dok msia sbb kdai bnyk kannn... hihi...
      Dok sorang... lagi lh x kuasa nk mncuba nya.
      Hihihi

      Delete
    3. Guna bread maker mngkn x mnyenang kn kehidupan?

      Delete
    4. rasanya la kot guna bahan mahal ... sebab sedap sangat kan ... tak sama langsung dengan roti buatan sendiri guna tepung gandum ni.

      kalau sorang better beli jer, buat letih je nak membaking nak mencuci lagi, beli sure sedap, sure makan habis tak membazir :)

      Delete
    5. erm maybe bread maker tu lebih mudah kot buat roti ... tapi mahal la bread maker, buang duit ajer nak beli, roti bukan makanan ruji kita pun :p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...