Tuesday, November 3

Jangan Terlalu Awal. Jangan Terlalu Lewat. Bahaya!

Salam ...

Apa yang jangan terlalu awal dan jangan terlalu lewat tu? Semacam tak tajuk ni? Jangan terlalu awal kahwin ke? Jangan terlalu lewat kahwin ke? ...

Jangan Terlalu Awal. Jangan Terlalu Lewatt. Ni nak cerita pasal hantar anak ke sekolah. Jangan terlalu awal hantar anak ke sekolah dan jangan terlalu lewat ambil anak dari sekolah. Sebab ianya mengundang bahaya.
Sekadar Hiasan

Tak ada kaitan dengan kahwin langsung sebenarnya. Ni nak cerita pasal hantar anak ke sekolah. Jangan terlalu awal hantar anak ke sekolah dan jangan terlalu lewat ambil anak dari sekolah. Sebab ianya mengundang bahaya.

Berita Dari Sinar Harian

SABAK BERNAM – Jeritan seorang pekerja kantin sebuah sekolah kebangsaan (SK) di daerah ini menyelamatkan seorang murid tahun enam sekolah berkenaan daripada menjadi mangsa cabul seorang lelaki ‘gila seks’ di sini, awal pagi semalam.

Saksi kejadian yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku ketika dia sedang menyusun sudu di kantin sebelum dikejutkan kehadiran seorang lelaki tidak berbaju di kantin sekolah terbabit.

Menurutnya, lelaki berkulit gelap dan berbadan gempal itu kemudiannya menghampiri seorang murid perempuan dan kemudiannya terus bertindak menerkup muka mangsa menggunakan baju yang mungkin dipakainya sebelum ini.

“Saya nampak tiba-tiba seorang lelaki tak dikenali dah berdiri atas kerusi meja makan dan menutup muka murid terbabit. Saya terus jerit sekuat hati sebelum lelaki itu larikan diri ikut pintu belakang sekolah,” katanya.

Saksi memberitahu, kejadian berlaku ketika murid berkenaan sedang mengulang kaji pelajaran bersendirian bagi menghadapi persediaan peperiksaan akhir tahun di meja kantin sekolah berkenaan.

“Murid tu datang ke sekolah, mak dia hantar naik motor. Mak dia pun pekerja kantin di sekolah ni. Sampai kat kantin, dia duduk di meja dan baca buku sekolah.

“Mulanya, saya ada dengar bunyi enjin motor di belakang pagar kantin sekolah ni... mungkin tu motosikal suspek. Tapi saya tak tahu dia masuk sekolah ikut pintu mana. Perbuatan dia tu sangat tak bermoral! Lebih-lebih lagi dia buat perbuatan tak senonoh tu pada murid sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, polis menggerakkan segala elemen bagi mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes cubaan mencabul mangsa.

“Kegiatan ini dilakukan seorang lelaki yang memakai seluar pendek tak berbaju. Suspek masuk ke dalam kawasan kantin sekolah berkenaan kemudiannya bertindak menutup muka dan memeluk mangsa.

“Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini termasuk mengesan suspek terlibat menerusi Kamera Litar Tertutup (CCTV) sekolah yang merakamkan kejadian berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Cerita Dari Warga Prihatin

Kes yang dilapurkan dalam keratan akhbar ini hanya satu dari begitu banyak kes cubaan menculik dan pemerkosaan terhadap kanak-kanak sekolah. 

Antara puncanya adalah apabila anak dihantar terlalu awal ke sekolah. Biasanya disebabkan ibubapa yang terpaksa keluar awal untuk pergi kerja.

Kami pernah kongsikan pengalaman sukarelawan petugas kami yang berjaga malam. Dalam gelap subuh, beberapa kali kami terdengar tangisan anak kecil sekitar jam 6 pagi. 

Pada mulanya ada di antara kami yang menyangka bunyi itu datang dari rumah berdekatan. Malah ada yang menyangka itu bunyi pontianak.

Pada satu pagi yang gelap dan hening, seorang petugas yang mendengar suara itu memberanikan diri membawa lampu suluh menghampiri sumber bunyi tangisan itu.

Alangkah terkejutnya kami apabila didapati seorang anak perempuan, pelajar sekolah rendah sedang bersembunyi di tempat gelap sambil menangis. Apabila ditanya mengapa bersembunyi dan menangis, dengan terketar-ketar beliau katakan "terlalu takut". Beliau ditinggalkan di situ seawal itu kerana ibubapanya terpaksa keluar bekerja.

Tidak dapat kami bayangkan berapa banyak bahaya yang boleh menimpa anak ini. Di samping ancaman culik dan rogol, banyak juga anjing liar di situ kerana kampung ini berjiran dengan kampung Cina Sungai Chua yang banyak memelihara anjing tanpa kawalan.

Akhirnya kami kenalkan diri sebagai petugas RPWP dan menawarkan beliau untuk berdamping dengan sukarelawan kami setiap pagi sementara menunggu bas sekolah tiba. 

Ingatlah ibubapa sekalian. Berfikiran waraslah. Carilah jalan agar keselamatan anak kita dapat di jaga. Ingatlah, gejala pedofilia juga semakin menjadi-jadi sekarang ini.

Sedangkan di tangan ibubapa sendiri pun anak kita boleh diheret dan dibawa lari. Inikan pula dibiarkan sendiri dalam gelap setiap pagi seperti itu.

Kisah Kawan Si Kakak

Ini cerita semester lepas. My dotter baru darjah satu. Sekolah agama belah petang. Cerita bermula setelah dua bulan kesekolah. Biasanya encik suami yang hantar si kakak ke sekolah dan ambil dari sekolah. Suatu petang tu, petang rabu, kereta rosak.

Belakang sekolah agama tu memang ada lot-lot kedai dan bengkel. Kalau anak-anak keluar ikut pintu belakang sekolah agama tu memang terus ke kedai la. Encik suami hantar kereta di bengkel belakang sekolah tu. So, 5.30 petang di ambil my dotter dan bawa ke bengkel sebab kereta tak siap repair. Kereta siap repair dalam 6.30 petang.

Bila nak balik, diorang lalu pintu belakang sekolah agama tu. Terdengar suara budak perempuan nangis. Bila encik suami intai, ada sorang budak perempuan menangis sembunyi tepi pokok besar sebelah pintu pagar. Encik suami minta nombor telefon ibu dia, nasib baik dia ada business card ibu dia. My dotter kata tu kawan sekelas dia. Budak darjah satu mana lah hafal nombor phone kan.

Bila encik suami call ibu dia. Ibu dia kata memang setiap rabu, transport datang ambil anak dia di sekolah agama pukul 7.00 petang sebab nak ambil kakaknya yang ada aktiviti co-q di sekolah rendah dulu. Biar betul? 7.00 petang? Sekolah agama tu, setiap hari rabu hanya ada beberapa kelas sahaja, yang lain tak hadir sebab ada aktiviti co-q di sekolah rendah. Nampak sangat mak dia tak pernah perhati sekali pun anak dia disekolah. Hari lain pukul 6.00 petang memang dah kosong sekolah. Hari rabu sebab ada beberapa kelas sahaja, 5.40 petang dah kosong dah tau.

Kesian budak tu kan, Sepanjang dua bulan ni dah 8 kali dia ketakutan duduk sembunyi dicelah pokok. BW lak yang rasa seriau dengar. Yer la, pokok tu tepi pintu pagar jer pun. Pintu pagar belakang sekolah agama tu dah la dekat dengan lot kedai, ramai manusia lalu lalang. BW lak yang terbayang bukan-bukan. Kalau anak lelaki takut juga kan kena culik, darjah satu pula tu, mana pandai pikir. Ni anak perempuan, lagi la takut kan. Takut kena culik, kena cabul, kena rogol. Ishh bahaya sungguh la.

So, start dari hari tu, setiap rabu akan pesan kat my dotter ajak kawan dia balik sekali. Sampai habis semester pertama. Semester kedua ni dia dah tak ikut my dotter sebab van dia datang awal. Ibu dia ok jer time mula-mula encik suami kata nak hantar anak perempuan dia balik rumah, walaupun dia tak kenal pun. Bukan sama taman lak tu rumah kami. Rumah dia taman yang paling hujung. Kalau BW lah kan, trust nobody, especially yang tak kenal ni.

So, diharap ibu bapa semua termasuk diri sendiri, ambil iktibar. Busy mana pun korang kerja, cubalah ambil cuti sehari dan perhati especially kalau anak darjah satu. Kalau kerja kita menyebabkan kita perlu menhantar anak kesekolah awal dan ambil lewat pula, pastikan kita cari ikhtiar lain, rakyat Malaysia ni prihatin, mesti ada yang nak membantu.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

22 comments:

  1. Sekarang nie macam2 boleh berlaku, tak boleh ambil mudah bab anak-anak nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan ... anak-anak depan mata pun risau takut hilang ... inikan pula time kat sekolah

      Delete
  2. sebaiknya beberapa minit sebelum masuk sekolah ya. tapi adakala ibubapa terpaksa demi mencari rezeki halal sebab tekanan ekonomi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantar 30 minit awal bila dah ada guru dah ada pekerja yang datang ok kot ... memang ramai yang hantar anak awal sebelum ketempat kerja sebab tak mampu bayar transport, tapi perlu inform guru kelas ke, security ke kan

      Delete
  3. Allahuakbar, menakutkan sekarnag ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menakutkan ... agaknya dulu pun dah banyak kes serupa macam ni, cuma kita jer yang tak tahu kot sebab tak ada internet

      Delete
  4. skrg jenayah x kira tmpt masa dan mangsa nauzubillah minta dijauhkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ... tak kira tempat dan masa ... semoga kita semua dijauhkan dari perkara macam ni, tak dapat nak bayang, memang menakutkan

      Delete
  5. Replies
    1. betul tu ... rasa cuak pula nak membesarkan anak-anak

      Delete
  6. Replies
    1. kannn ... ambil cuti perhati anak ke sekolah, sembang dengan guru kelas ... sekali setahun pun dah memadai :)

      Delete
  7. Thats a good example of an ignorance parents...
    Sakit hati juga dgr....
    Rasa nk cubit2 je...
    Gerammmmm sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ... kita sebagai parents kena ambil peduli juga walaupun bukannya perhati setiap hari

      Delete
  8. Replies
    1. memang takut dengar ... especially kalau ada anak kecil, macam-macam terbayang kat kepala

      Delete
  9. jenayah di mana2 saja.. ermmm nasib baik xkawen lg :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ... hehe nanti bila dah kawin tak senang hati tau bila baca berita macam ni ;)

      Delete
  10. ahaa...berita berkaitan budak sekolah ni memang menjadi-jadi skrg so parent perlu alert perkara ni....syg anak tu!! bukan senang nak besarkan mereka beribu jgak habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... bukan setakat bukan senang nak besarkan, bukan senang nak bersalin, bukan senang juga nak mengandung ... memang risau bila baca berita macam ni

      Delete
  11. bahaya tu.. macam-macam jenayah sekarang ni.. kena sentiasa alert..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sentiasa alert tu agak susah juga kot aiza ... tapi kena ambil tahu la kan pasal anak sendiri

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...