Untuk penggemar daging macam encik suami dirumah ni, boleh la masak nasi daging dan lauk daging berempah yang simple ni, mudah sangat boleh masak selalu :)
nasi daging berempah simple sedap
Nasi daging dengan lauk daging berempah dan kubis goreng. |
Resepi nasi daging diambil dari Resepi Asas Nasi Special Simple, Klik Sini. Hanya perlu tambah sedikit hirisan daging dan air rebusan daging. Memang mudah nak masak nasi daging dan lauk daging berempah ni. Nasi dikacau dan dibiarkan masak dalam rice cooker. Lauk daging dikacau dan dibiarkan masak dalam pressure cooker. Antara menu yang kerap BW masak sebab senang ;)
nasi daging berempah simple sedap
Bahan-Bahan (Nasi Daging);
nasi daging berempah simple sedap
- 2 Cawan Beras
- 3 3/4 Cawan Air Rebusan Daging
- 3/4 Cawan Hirisan Daging
- 1 Sudu Minyak Masak
- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 1 Hiris Halia
- Sedikit Rempah 4 Sekawan
- Garam Secukup Rasa
- 2 Helai Daun Pandan
nasi daging berempah simple sedap
Cara-Cara (Nasi Daging);
nasi daging berempah simple sedap
1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang, halia dan rempah 4 sekawan.
2. Masukkan hirisan daging dan kacau rata sehingga daging separa masak.
3. Masukkan beras, air rebusan daging, garam, daging dan bahan tumis dalam rice cooker.
4. Basuh bersih daun pandan, masukkan dalam rice cooker juga.
5. Kacau rata semua, on rice cooker dan biarkan masak
nasi daging berempah simple sedap
Nasi daging feveret encik suami ;) |
Bahan-Bahan (Daging Berempah);
nasi daging berempah simple sedap
- 1/2 Kg Daging (Dihiris)
- 1 Sudu Minyak Masak
- 2 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 2 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- Sedikit Rempah 4 Sekawan
- 3 Sudu Besar Sos Cili
- 3 Sudu Besar Kicap
- 3 Sudu Besar Rempah Kari
- Garam Secukup Rasa
- Sedikit Daun Kari
nasi daging berempah simple sedap
Cara-Cara (Daging Berempah);
nasi daging berempah simple sedap
1. Tumis bawang, halia, daun kari dan rempah 4 sekawan hingga wangi.
2. Masukkan daging yang dihiris dan dicuci bersih kedalam pressure cooker.
3. Masukkan sos cili, kicap dan serbuk kari kedalam pressure cooker.
4. Masukkan bahan tumis dan garam pula kedalam pressure cooker.
5. Kacau rata semua, masak di atas api sederhana selama 30 minit.
6. Biarkan dia menyejuk selama 30 minit dalam pressure cooker.
7. Hidangkan bersama nasi daging.
nasi daging berempah simple sedap
Zoom sikit. Anak-anak pun sama macam ayahnya, suka daging ;) |
Untuk sayur pula sesuai dimakan dengan kubis goreng atau carrot goreng. Sesuai juga dimakan bersama acar timun nenas. Makan dengan ulam-ulaman dan timun sahaja pun ok.
nasi daging berempah simple sedap
Selamat Mencuba!
nasi daging berempah simple sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
nasi daging berempah simple sedap
sedapnya..tak pernah mkn nasi daging lg
ReplyDeletenanti boleh la cuba kay :)
Deletesemua jenis daging boleh ke? or lembu shj?
ReplyDeletekalau suka kambing ke kerbau ke, boleh kot, cubalah :)
Deleteinsya allah ;-)
Delete:)
DeleteTQ sharing resepi sis..
ReplyDeletehubby sy pun penggemar daging... nak cuba masakkan nasi daging ni jugak :)
cubalah kay ... mudah sangat kan :)
Deletesedapnya kak zie oiiii..
ReplyDeletehehehe...
xpernah buat..x pernah cuba lagi
cubalah nanti ... resepi nasi daging ni tanpa santan atau susu, so boleh makan selalu :)
Deletenice sharing
ReplyDeletetq :)
Deleteteman suka acar nenas
ReplyDeleteacar nenas lagi sedap kan ... kalau ada nenas sure buat acar nenas :)
DeleteHaaaa yang ni i loike...
ReplyDeleteHaha... tgh lapar ni... tp dh kol 1130mlm...
Cari nahas lh kalo cari nasik skrg...
Hihi
1130 malam memang time lapar ... jangan huda jangan cari nasi, nanti bambam nanti :)
DeleteSedapnya tak pernah makan nasi daging
ReplyDeletenanti ash boleh la cuba :)
Deletebaru lepas makan briyani kambing.. hehehe. daging tu mesti boleh guna daging apa2 je kan :)
ReplyDeletesedapnya briyani kan ... daging tu boleh guna kambing juga kalau suka :)
Deletekalau guna pressure cooker mudah dan cepat sbb daging cepat empuk kalau guna dapur gas biasa...bercinta lah tunggu kan
ReplyDeletebetul tu JM ... memang sesiapa yang suka masak daging, wajib ada pressure cooker, memang cepat dan memudahkan :)
Deletejgn kata en suami je suka...JM yg tengok ni pun dah terliur ni
ReplyDeleteterliur juga ni..
Deletejemput tengok JM ;p
Deletejemput tengok aiza hehe
Deleteterbaik.. memang nampak sedap..
ReplyDeletenyum~ :)
Delete