Menu utara untuk hari ini. Gulai kari tulang daging lembu. Ini menu feveret encik suami. Selalu kalau masak menu anak-anak, pening katanya asyik masak ajer. Sekali sekala masak juga menu feveret encik suami, barulah dia tak pening kan :p
resepi kari daging tulang sedap
Gulai kari tulang daging lembu. |
Kalau orang utara dia sebut gulai jer lah kan. Tapi sebab BW bukan orang utara mestilah sebut kari. Gulai tu maksudnya makanan berkuah. Lain negeri lain gulainya. So, tak boleh sebut gulai sahaja kalau kita bersembang dengan orang negeri lain. Kena sebut penuh, gulai kari ke, gulai tempoyak ke, gulai asam pedas ke ;)
resepi kari daging tulang sedap
Untuk masak kari tulang kali ini BW guna tulang kiub. Tulang lembu import. Encik suami tak memilih, tulang dan daging lembu import pun dia okay. So, jom masak gulai kari tulang daging lembu.
resepi kari daging tulang sedap
Bahan-Bahan;
resepi kari daging tulang sedap
- 800 Gram Tulang Lembu
- 1/2 Biji Kelapa Parut
- 3/4 Pack Rempah Kari Daging
- 6 Biji Kentang (Potong Dadu)
- Sedikit Daun Kari
- Rempah Empat Sekawan
- 2 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 2 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 2 Sudu Besar Minyak Masak
- Garam Secukup Rasa
resepi kari daging tulang sedap
Cara-Cara;
resepi kari daging tulang sedap
1. Kelapa parut diblend dan ditapis santannya, asingkan santan pekat dan santan cair.
2. Tulang dan isi daging lembu dimasak dalam pressure cooker selama 30 minit.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang, daun kari serta rempah empat sekawan hingga naik bau.
4. Masukkan sedikit santan cair dan rempah kari daging, masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan lagi santan cair serta kentang dan tulang yang telah dimasak tadi.
6. Masak hingga mendidih kemudian masukkan santan pekat, kacau rata.
7. Masukkan garam secukup rasa dan sentiasa kacau hingga mendidih.
resepi kari daging tulang sedap
Setelah siap dimasak. |
Sedap dimakan bersama roti jala. Klik Sini untuk resepi penuh roti jala. |
Zoom sikit ;) |
Sedap dimakan bersama roti jala, lempeng dan juga pulut kuning. Makan dengan nasi putih dan roti gardenia pun sedap juga. Untuk penggemar tulang, ratah pun sodap :)
resepi kari daging tulang sedap
Selamat Mencuba!
resepi kari daging tulang sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
resepi kari daging tulang sedap
orang yang pertama
ReplyDeleteselalu sangat jadi first komen kat sini :)
Deletesedapnya...
ReplyDeletejemput tengok brother MKL :)
Deletelama tak makan gulai since duk Kedah dulu... suka makan... cecah roti jala tu lagi terbaik lah sis..:)
ReplyDeletesamalah kita ... kalau kari suka makan dengan roti jala ke, pulut ke :)
Deleteteruja nampak..sedap kelihatannya
ReplyDeletejemput tengok cikgu etuza :)
DeleteSedap tu zie has.. Puas hati makan.. ;)
ReplyDeletememang puas sebab masak sendiri kan ... boleh lah makan banyak hehe :)
DeleteHusband zie has asal utara ya?
ReplyDeleteyups husband orang kedah ... so semua jenis kari dia suka sangat la :)
DeleteYa Allah, trrliur wawa..")
ReplyDeletejemput tengok wawa :)
DeleteSelalu makan sup tulang jer, kari tulang belum pernah ^-^
ReplyDeletememang jarang kan orang buat tulang masak kari :)
DeleteMakan dengan roti jala memang win!!!
ReplyDeletememang sedap kalau makan dengan roti jala :)
DeleteTak pernah lg bt tulang masal kari...
ReplyDeleteSlalu bt sup je
memang selalu tulang buat sup kan ... tapi bantai la buat kari sebab nak makan roti jala :)
Deleteadezzzz menggugat iman org skt ni ;-)
ReplyDeleteanies tengah sakit ke tu? sakit per? demam ke? sabar yer :)
Deleteteruja nk makan.. hahaha. terliur :P
ReplyDeletenina suka eh makan tulang bagai :)
Delete