Thursday, December 24

Resepi Mudah Macaroni Goreng Basah Simple

Salam ...

Resepi untuk anak-anak, macaroni goreng basah yang simple. Anak-anak BW memang suka makan macaroni. Macaroni sup diorang suka, macaroni goreng pun diorang suka :)

Resepi Mudah Macaroni Goreng Basah Simple. Cara Masak Macaroni Makaroni Sedap Senang
Macaroni Goreng Basah.
makaroni macaroni goreng sedap
Resepi macaroni basah kali ini bahan-bahannya simple sangat. Hanya letak sayur dan pecahkan telur sahaja. Tak ada ayam, udang sotong bagai. Simple kan? ;)

Bahan-Bahan;
makaroni macaroni goreng sedap
- 1/2 Pack Macaroni (Direbus)
- 2 Biji Telur (Gred A)
- 2 Sudu Cili Bawang Blend
- 2 Sudu Minyak Masak
- Sayur Brokoli (Dipotong)
- Lobak Merah (Dipotong)
- 2 Sudu Kicap Pekat
- 2 Sudu Kicap Manis
- Garam Secukup Rasa

Cara-Cara;
makaroni macaroni goreng sedap
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili bawang blend hingga naik bau.
2. Masukkan sayur lobak merah dan masak hingga lobak merah lembut.
3. Masukkan brokoli dan kacau rata, masak seketika.
4. Pecahkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan macaroni, kicap dan gaul sekata.
6. Masukkan garam secukup rasa, gaul lagi.
7. Tutup api dan hidangkan.

Resepi Mudah Macaroni Goreng Basah Simple. Cara Masak Macaroni Makaroni Sedap Senang
Masukkan sayur, telur, macaroni dan kicap kemudian gaul sekata.
makaroni macaroni goreng sedap
Resepi Mudah Macaroni Goreng Basah Simple. Cara Masak Macaroni Makaroni Sedap Senang
Simple ajer bahannya, hanya sayur dan telur :)

Disebabkan macaroni goreng basah ni simple, so ianya sesuai dimakan dengan prawn chips, fish fillet, telur goreng, sosej ataupun nugget.
makaroni macaroni goreng sedap
Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
makaroni macaroni goreng sedap

20 comments:

  1. Nanti saya nak cuba goreng..klu hangus saya panggil awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ... kalau hangus bukan salah saya yer, salah orang yang memasak ;)

      Delete
  2. ada 1 prob (bagi saya). kalau rencah lebih, means mi/ makaroni akan jadi basah. kalau letak air, still akan basah tp pastu mengering (slps 4-5 jam) acaner tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenalah makan time panas-panas nampaknya anies ... kalau kat rumah ni memang tak sempat tunggu lama dah licin :)

      Delete
  3. Nak tanya sis..makaroni tu rebus dulu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups ... rebus dulu makaroni tu sampai lembut :)

      Delete
  4. Nak tanya sis..makaroni tu rebus dulu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups ... rebus dulu makaroni tu sampai lembut :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...