Tuesday, January 26

Kekalkan Amalan Membawa Bekal Ke Sekolah

Salam ...

Hari ni dah masuk minggu ke-empat persekolahan. Si kakak tahun ni darjah dua. Seperti tahun lepas juga, masih mengekalkan amalan membawa bekal ke sekolah.

Kekalkan Amalan Membawa Bekal Ke Sekolah. Menu Mudah Ringkas Senang Simple Sedap Bekal Anak Ke Sekolah. Kepentingan Dan Kelebihan Membawa Bekal Ke Sekolah. Lunch Bag. Lunch Box Set. Lunch Time.
Lunch bag comel khas untuk si kakak :)

Untuk tahun ni BW sediakan set lunch box baru dan lunch bag comel untuk si kakak. Mudah la sikit. Budak-budak kecil kan jenis suka lari sana-sini. Lunch bag ni boleg galas ajer. Saiz pun kecil, muat-muat bekal, so tak lah terpusing tergolek sana-sini bila dia tak tahu diam.

Kekalkan Amalan Membawa Bekal Ke Sekolah. Menu Mudah Ringkas Senang Simple Sedap Bekal Anak Ke Sekolah. Kepentingan Dan Kelebihan Membawa Bekal Ke Sekolah. Lunch Bag. Lunch Box Set. Lunch Time.
Set lunch box baru dan menu-menu yang simple.

Dari segi menu pula masih mengekalkan menu-menu yang sama seperti tahun lepas. Klik Sini untuk menu baking. Klik Sini untuk menu ringkas. Klik Sini untuk menu malas. Klik Sini untuk menu masakan panas.

Kekalkan Amalan Membawa Bekal Ke Sekolah. Menu Mudah Ringkas Senang Simple Sedap Bekal Anak Ke Sekolah. Kepentingan Dan Kelebihan Membawa Bekal Ke Sekolah. Lunch Bag. Lunch Box Set. Lunch Time.
Air masak dibawa setiap hari, air manis kadang-kadang ajer.

Banyak kelebihan bawa bekal ni kan. Sebelum ni BW dah pernah share kebaikan membawa bekal ke sekolah, Klik Sini. So, kali ini tak perlulah repeat lagi yer.

Macam tahun lepas juga, dalam lima hari persekolahan, hanya satu hari sahaja si kakak tak bawa bekal. Kawan-kawan si kakak pun bawa bekal juga katanya. Hopefully amalan membawa bekal akan menjadi satu budaya di kalangan masyarakat Malaysia seperti di Jepun juga ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. Terima kasih perkongsian.. Membawa bekal memang dapat menjimatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, bawa bekal memang jimat ... jimat + sihat + bersih :)

      Delete
  2. Zie Has rajin...ni hari2 plan nak bawak bekal sbb dah bosam makan di cafe opis..tapi kalau jam 6 baru bgn mmg x sempatlah nk preapare

    ReplyDelete
    Replies
    1. prepare malamnya JM ... kat ofis kan biasanya ada microwave, just sumbat dalam bekas yang sesuai masuk microwave ajer lah, mudah kan :)

      Delete
  3. rajin BW buatkan bekal utk anak2.. hehe
    nina pon hari2 bawa. lebih jimat dan bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh nina lagi rajinlah nampaknya ... saya dulu tak pernah sekali pun bawa bekal ke tempat kerja :)

      bawa bekal memang jimat dan terjamin kebersihan kan

      Delete
  4. Bawa bekal memudahkan anak, tak payah beratur kat kantin 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu :) ... anak saya pun selalu cerita kawan dia tak sempat habiskan makanan sebab dah habis masa beratur lama.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...