Wednesday, January 13

Resepi Kek Lobak Merah Carrot Cake Sukatan Cawan

Salam ...

Last time dah share deco kek princess menggunakan kek carrot, Klik Sini. Kali ni nak share resepi kek carrot pula :)

Resepi Mudah Kek Lobak Merah Sukatan Cawan. Cara Buat Kek Lobak Merah Simple Senang Sedap Sihat. Resepi Mudah Carrot Cake Sukatan Cawan. Cara Buat Carrot Cake Simple Senang Sedap Sihat
Kek lobak merah / carrot cake in the making.

Macam biasa bila buat kek, masih menggunakan resepi asas kek, Klik Sini. Cuma kuantitinya digandakan sedikit, nak bagi penuh mangkuk bulat yang ada dirumah.

Bahan-Bahan;

- 31/2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 2 Biji Lobak Merah (Disagat)
- 11/2 Cawan Minyak Jagung
- 11/4 Cawan Gula Kastor
- 11/2 Cawan Susu Cair
- 1 Sudu Besar Cuka
- 2 Biji Telur (Gred A)
- 1 Sudu Esen Vanilla

Cara-Cara;

1. Masukkan cuka kedalam susu dan biarkan hingga menjadi buttermilk.
2. Masukkan minyak dan telur kedalam bekas, pukul hingga sebati dan kembang.
3. Masukkan gula dan lobak merah yang telah disagat dan pukul lagi guna mixer.
4. Masukkan esen vanilla, butter milk dan tepung, pukul hingga sebati dengan perlahan.
5. Masukkan kedalam loyang yang telah digris hingga penuh.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius atau kukus selama satu jam.
7. Cucuk dengan lidi untuk check sama ada dah masak ke tidak.
8. Biarkan sejuk dan hidangkan atau letakkan cream diatasnya.

Resepi Mudah Kek Lobak Merah Sukatan Cawan. Cara Buat Kek Lobak Merah Simple Senang Sedap Sihat. Resepi Mudah Carrot Cake Sukatan Cawan. Cara Buat Carrot Cake Simple Senang Sedap Sihat
Sebelum dan selepas dibakar. Untuk kek yang agak tebal, perlulah
check dengan lidi sama ada dalamnya dah betul-betul masak atau tidak.

Resepi Mudah Kek Lobak Merah Sukatan Cawan. Cara Buat Kek Lobak Merah Simple Senang Sedap Sihat. Resepi Mudah Carrot Cake Sukatan Cawan. Cara Buat Carrot Cake Simple Senang Sedap Sihat
Beginilah rupanya bila dah diterbalikkan. Yang ni dalam prosess
nak deco menjadi kek princess. Klik Sini untuk lihat cara deco simple.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

13 comments:

  1. Salam singgah sini zie....wahh....memang kreatif zie buat kek dan mendeco kek ni...kek princess tu nampak comel jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam diana ... deco tu tak pandai lagi sebenarnya, masih comot, hehe ... cer tengok :p

      Delete
  2. carrot tu kalau blend hancur boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga ... blend bersama susu satu setengah cawan tu :)

      Delete
  3. Replies
    1. Zalim kot sttmnt jemput tengok tu...

      Cehhh

      Delete
    2. hahaha habis tu takan jemput makan pula kot ... dah habis kena flush dah pun hehehe :p

      Delete
  4. simpan dulu resipi ni sbb belum beli oven

    ReplyDelete
  5. InSya Allah nak Cuba buat kek ni..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...