Thursday, March 3

Resepi Mudah Ayam Masak Kicap Simple Sedap

Salam ...

Lagi resepi untuk adik-adik yang baru belajar memasak. Mesti korang suka makan ayam masak kicap kan? Boleh lah masak sendiri lepas ni, mudah ajer :)

Ayam masak kicap.

Actually resepi ni sama ajer macam Resepi Ikan Goreng Masak Kicap. Bezanya bila BW masak ikan goreng kicap, kuah kicapnya pekat likat. Tapi bila masak ayam goreng kicap, kuah kicapnya sedikit cair. Lagi satu bila masak ikan goreng kicap, tambah sedikit serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Klik Sini untuk resepi penuh ikan goreng masak kicap.

Bahan-Bahan;

- 4 Ketul Ayam (Digoreng)
- 2 Sudu Besar Kicap Manis
- 1 Sudu Besar Kicap Pekat
- 2 Sudu Besar Sos Cili
- 2 Sudu Besar Cili Bawang Blend
- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 5 Batang Cili Hijau
- 1/2 Cawan Air
- Sehiris Halia
- Minyak Masak
- Garam Secukupnya

Cara-Cara;

1. Ayam diperap bersama kunyit dan garam kemudian goreng garing.
2. Panaskan minyak dalam kuali yang lain dan tumis cili bawang blend.
3. Masukkan semua bawang, halia dan cili tumis lagi hingga naik bau.
4. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos cili kemudian kacau rata.
5. Masukkan sedikit air dan garam kemudian masak hingga mendidih.
6. Last sekali, masukkan ayam goreng dan gaul sebati.

Masak hingga mendidih, kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.

Zoom sikit ;)

Ayam masak kicap ni lauk feveret my dotter dua orang tu. BW pun suka juga. Time muda remaja dulu, feveret sangatlah ayam masak kicap ni. Encik suami ajer yang tak berapa nak suka, sebab dia tekak mamak, suka makan daging dan kari ajer ;p

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

20 comments:

  1. Ooo ada bahan2 yg diblend ye. Sue cuma hiris je bahan2 tumis. Tp x masukkan cili. Anak2 pun suka masakan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups masukkan cili bawang blend sewaktu menumis, ayam masak kicap lebih sedap, pada selera saya lah ... sebab dari kecil makan ayam masak kicap yang macam ni :)

      Delete
  2. Memang sedap. Kena tak ada selera pun jadi sedap menu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, kalau time tak ada mood makan pun berselera bila ada ayam masak kicap :)

      Delete
  3. hadoii kenyang mata sungguh mummy mai sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dah nama pun blog resepi, kenyang lah mata kan mummy ;)

      Delete
  4. mai pos sat seketui dua kat mummy.. yum yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha boleh buat bisnes ni, ayam kicap online :p

      Delete
  5. ayam masak kicap selalu makan sebab fav. hehee

    ReplyDelete
  6. antara fav sy dulu kini dan selamanyaaaa ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan selamanya ... nanti dah tua kena jaga makan hehe :)

      Delete
  7. tgh cari resipi mudah utm masak petang ni ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya berbuka dengan ayam masak kicap :)

      Delete
  8. Tq utk resipi ni.. Mlm ni da ade resipi utk di masak..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...