Monday, December 19

Dua Bulan Sudah

Salam ...

Pendek jer tajuk entry kali ni. Bukan setakat tajuk, entry pun pendek juga sebenarnya. Mood berblogging belum datang lagi ni. Hopefully 2017 nanti jari jemari ni rajinlah nak menaip :)

Fresh from labor room ;)

Dua bulan sudah? Apa yang dua bulan sudah? Sebenarnya BW dah bersalin dua bulan yang lepas. So, dua bulan sudah usia si baby :)

Untuk pengetahun korang, BW berjaya bersalin secara VBAC (Vaginal Birth After Cesarean). Time dekat wad kan, ada doktor yang ucap tahniah dengan reaksi yang bersungguh-sungguh. Maybe tak ramai bersalin VBAC kot, sebab tu reaksi doktor macam tu bila tahu successful VBAC.

Seksanya bersalin VBAC. First time BW dok lama dalam labor room, 8 jam tu. Guna dua tube epidural sampai habis, ni pun first time juga. Time czer dulu pun just guna satu tube jer. Tu pun  masih terasa sakit yang amat. Sakit dah macam bersalin anak pertama pun ada. Kalaulah BW tahu sakit bersalin VBAC macam tu sekali, sanggup offer diri untuk czer dari awal.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga VBAC. Kalau tak berjaya selepas 8 jam, kena czer tau. Tu lagi naya, bawah kena jahit atas pun kena jahit. BW masih bernasib baik, syukur sangat.

5 kali bersalin, 5 kali pengalaman berbeza yang ketara. Seronok bila dengar orang lain bercerita betapa senangnya diorang bersalin. BW pun merasa juga sekali, masa bersalin anak ketiga.

Eh, entry pendek ke macam ni? Terpanjang lah pulak. Ok bai :p


Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


11 comments:

  1. Alhamdulillah..dah 2 bulan dh baby..saya mmg suka baby2 ni..budak2..cute je..tahniah saya ucapkn kpd BW..

    ReplyDelete
  2. Tahniah mendapat cahaya mata. Lepas pantang ni eloklah berblogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Mood berblogging pun kelaut dah ni, asyik sangat layan baby :)

      Delete
  3. Wahh... dapat baby baru yer... Tahniah Sis... semoga menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you acik idah ... Aaminnn :)

      Delete
  4. alhamdulillahhh hehehe lepas ni rehat panjang la

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...