Tuesday, January 16

Si Adik Pula Bawa Bekal Ke Sekolah

Salam ...

Dulu masa si Kakak darjah satu BW excited cerita pasal anak bawa bekal, Klik Sini dan Klik Sini. Sekarang si adik pula dah masuk darjah satu :)

Senarai idea menu resepi dan cara penyedian bekal ringkas mudah simple untuk anak ke sekolah
Masih lagi menu seperti si kakak darjah satu dulu ;)

Actually si kakak masa darjah satu semangat sangat bawa bekal ke sekolah. Darjah dua dah suam-suam dah, kadang-kadang dia nak bawa bekal. Darjah tiga terus dia tak nak bawa bekal, sebab tak ada kawan yang bawa bekal katanya.

Kali ni si adik darjah satu. Dia pun semangat juga bawa bekal. So, paksa lah si kakak bawa bekal juga. Nasib baik bila darjah empat ni ada kawan sekelas yang bawa bekal. Bekal bawa duit pun bawa hurmmm anak-anak sekarang :)

Senarai idea menu resepi dan cara penyedian bekal ringkas mudah simple untuk anak ke sekolah
Antara snek yang disediakan untuk minggu ni, ni pun dah separuh dah ni

Sama juga macam sebelum ni, bekal yang disediakan selain dari menu utama, mestilah ada nugget atau sosej, ada snek atau buah-buah, ada air masak dan air manis. Bekal mesti lengkap lah, baru dia excited nak bawa ke sekolah.

Dari segi menu pun sama ajer macam dulu-dulu, Menu Mudah, Klik Sini, Menu Malas, Klik Sini dan Menu Baking, Klik Sini.

Harap-harap si adik semanagt bawa bekal sampai hujung tahun dan tahun-tahun seterusnya lah. Ibu pun semangat nak sediakan bekal.


Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


5 comments:

  1. ahakss..comel jek..x bawak bekal bila kawan x bawak..dia malu nak mkn bekal sensorang la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ... dia malu bawak bekal sorang-sorang agaknya ... tahun ni dia masuk kelas lain, ada kawan yang bawak bekal, so dia ok jer lah bawak bekal :)

      Delete
  2. bagus la kalau kawan ada bawak sekali.. budak, mudah malu kalau dia sorg je bawak.. bagus juga bawak bekal ni, terjamin makanan bersih dan sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kawan baru diorang rasa seronok ... yesss selain terjamin sihat dan bersih, mudahkan anak sebenarnya, tak perlu beratur panjang, waktu rehat sekejap jer

      Delete
  3. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - GOPAY
    - Link AJA
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
    add Whatshapp : +85515373217 x-)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...