Thursday, March 15

Resepi Kuih Abok Abok Sagu Loyang Mudah & Simple

Salam ...

Pernah dengar kuih abok-abok tak? kuih yang diperbuat dari sagu, diletakkan gula perang atau gula melaka ditengahnya, lepas tu balut dengan daun pisang bentuk kon dan dikukus.

BW suka kuih ni, tapi tak ramai peniaga yang jual. Kena tunggu bulan puasa kot kalau nak jumpa. So jom buat sendiri. Guna loyang ajer ;)

Resepi Mudah Simple Kuih Abok Abok Sagu Gula Perang Sagoo Gula Melaka Abuk Abuk Sedap Senang Manis
Kuih abok-abok versi loyang.

Bahan-bahan nak buat kuih abok abok sagu ni pun simple ajer, sagu, kelapa parut dan gula perang/ gula melaka. Sukatan pula 2:1:1, 2 bahagian sagu, 1 bahagian kelapa parut dan 1 bahagian gula.

Bahan-Bahan;

- 4 Cawan Sagu
- 2 Cawan kelapa Parut
- 2 Cawan Gula Perang
- Sedikit Garam (Jika Suka)

Cara-Cara;

1. Rendam sagu selama setengah jam sehingga sedikit kembang.
2. Tapis dan toskan sagu yang telah direndam hingga tiada air.
3. Gaulkan sagu bersama kelapa parut dan sedikit garam.
4. Bahagikan adunan sagu kelapa kepada dua bahagian.
5. Masukkan satu bahagian adunan sagu kedalam loyang.
6. Taburkan gula perang atau gula melaka yang telah hancur.
7. Tuang separuh lagi adunan sagu kelapa dan ratakan.
8. Kukus selama sejam atau sehingga masak.

Resepi Mudah Simple Kuih Abok Abok Sagu Gula Perang Sagoo Gula Melaka Abuk Abuk Sedap Senang Manis
Gaulkan sagu dan kelapa parut hingga sekata.

Resepi Mudah Simple Kuih Abok Abok Sagu Gula Perang Sagoo Gula Melaka Abuk Abuk Sedap Senang Manis
Masukkan separuh adunan sagu kelapa kedalam loyang
Resepi Mudah Simple Kuih Abok Abok Sagu Gula Perang Sagoo Gula Melaka Abuk Abuk Sedap Senang Manis
Taburkan gula perang atau gula melaka.

Resepi Mudah Simple Kuih Abok Abok Sagu Gula Perang Sagoo Gula Melaka Abuk Abuk Sedap Senang Manis
Tuang separuh lagi adunan sagu kelapa dan ratakan.
Resepi Mudah Simple Kuih Abok Abok Sagu Gula Perang Sagoo Gula Melaka Abuk Abuk Sedap Senang Manis
Kukus sehingga masak.

Resepi Mudah Simple Kuih Abok Abok Sagu Gula Perang Sagoo Gula Melaka Abuk Abuk Sedap Senang Manis
Kukus sehingga sagu bertukar warna dari putih ke jernih,

Gula tu boleh adjustlah nak banyak mana. Kalau nak manis lebihkan, kalau nak kurang manis, kurangkan. Lagipun gula perang atau gula melaka, tahap manis tu tak sama, so pandai-pandai adjust lah yer ;)

Senang sangatkan guna loyang? Sekarang ni semua kuih BW jadikan kuih loyang. Oh yer, resepi ni BW guna loyang 8 saiz inci. Kalau dulu suka buat kuih atau kek guna loyang 6 inci, sekarang guna loyang 8 inci, askar ramai ;)

Selamat Mencuba!

Chop! Bulan puasa tak lama lagi jer ni. Jangan lupa buat Kuih Tepung Pelita tau. Resepi lengkap, Klik Sini.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

2 comments:

  1. macam x pernah dengar nama kuih nih.. dia spesis kuih habok2 ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain ... kuih habuk-habuk tu kuih tepung gomak, guna tepung pulut... yang ni abok-abok, guna sagu biji-biji buat bubur tu :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...