Friday, March 21

Tempat Menarik & Best di Brunei : Melancong Ke Brunei Bersama Keluarga.

Salam Semua ...

Sebelum cerita panjang BW nak inform la, entri kali ni sekadar catatan simpanan untuk diri sendiri dan family. Melancong ke Brunei ni lama dah pergi hujung tahun 2008, time tu baru anak sorang. Kami pergi berlima, BW, hubby, mak, my dotter dan abang.

Kenapa Brunei? Actually pergi Brunei ni my brother punya plan, dia nak bawa arwah mak jalan-jalan, time pergi tu umurnya, 70 tahun. BW anak bongsu, beza 45 tahun dengan mak, subur kot 45 tahun boleh dapat baby lagi, ahaks ;) So, disebabkan my brother belum kawin lagi, dia offer la siapa yang nak ikut. Tapi BW je yang follow. Trip to Brunei, fully sponsored by my brother, wee ;)

Kami ke Brunei menaiki MAS Airline. Setibanya kami di airport, ada pemandu pelancong datang pickup kami menaiki van terus ke Brunei Hotel. Tu la tempat penginapan kami. Semuanya telah di arrange oleh my brother melalui agen online.

http://buatwanita.blogspot.com/2014/03/brunei-hotel-bandar-seri-begawan-bsb.html

Dulu kat MRSM, berangan nak kawin dengan orang Brunei. Siap join Paypal nak cari kawan dari Brunei, haha. Tapi tak dapat pun, dapat paypal dari Netherland :p Dulu bayangkan orang Brunei ni kaya raya, bayangkan Brunei ni serba serbi mewah :)

Bila menjejakkan kaki ke Brunei, impression tu semua hilang. Brunei ni memang negara kaya, tapi ianya juga negara yang low profile tak mengejar kemajuan macam di Malaysia. Airport nya pun biasa-biasa aja, macam airport kat JB. Bandar Brunei pun macam pekan daerah-daerah di Johor jer, macam bandar Segamat, Kota Tinggi, Kulai bagai. Tak ada pun bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Menurut pemandu pelancong, bangunan kat Brunei ni ketinggian tidak boleh melebihi ketinggian menara Masjid.

Sepanjang kami di Brunei, kami hanya pusing-pusing Bandar Sri Begawan. Antara tempat-tempat yang kami lawati di BSB ni ...

http://buatwanita.blogspot.com/2014/03/tamu-kianggeh-bandar-seri-begawan-brunei.html

http://buatwanita.blogspot.com/2014/03/masjid-istana-brunei-darussalam.html

http://buatwanita.blogspot.com/2014/03/ronda-ronda-di-rumah-air-brunei.html

http://buatwanita.blogspot.com/2014/03/melawat-muzium-brunei-bandar-seri.html

Itu je la tempat yang kami pergi sepanjang 2D1N di Brunei. Yang paling kempunan, kami tak dapat pergi Jerudong Park. Menurut pemandu pelancong, time tu Jerudong Park ditutup, under maintenance. Alahai, kempunan sampai kesudah, lepas ni belum tentu dapat pergi ke Brunei lagi. Tu la tempat yang BW teringin sangat nak pergi time sekolah dulu :(

Kami pulang menaiki Feri. Boleh ke balik KL naik feri? Actually kami ke labuan pula lepas tu :p

Terminal feri ni nampak usang, tak kemas dan kebersihan toilet tidak terurus. Mungkin sekarang dah improve kot.

Bye Bye Brunei. Ni mungkin first and last time BW jejakkan kaki ke Brunei

Entri Berkaitan;

1. Brunei Hotel, Bandar Seri Begawan
2. Muzium Bandar Seri Begawan
3. Masjid & Istana Darussalam
4. Ronda-Ronda Di Rumah Air
5. Tamu Kianggeh Brunei

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

6 comments:

  1. waa.. kalau dapat tinggal kat brunei, mesti best kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kot.. aman je kan.. indon ke bangla ke memang ta nampak la. kat pasar semua orang brunei, tak macam kl, ppendatang asing lagi ramai

      Delete
  2. good info about brunei...tq for sharing !! :)

    ReplyDelete
  3. hahaha... best memang best... masuk jer waktu solat, depa p masjid... cam comel betul. pastu banyak halal food.... macam antara 2 darjat lah ketika di miri dan brunei... hehehehe...
    dapat kerja setahun kat brunei pun cam orite gak... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tak pernah lagi gi miri.. kalau brunei pun macam pekan je, miri macam kampung ke? hehe :p

      bestnyakan dapat kerja kat brunei. tapi brunei cuaca sama cam malaysia la, tak feeling oversea sangat kot :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...