Last time dah review pasal '5 Kolam Renang Awam Putrajaya'. Kali ni nak review pasal Perpustakaan Awam Putrajaya pula. Kepada ibu-ibu ayah-ayah yang dah tatau dah nak bawa anak gi jalan mana, jom ajak diorang pergi library je. Sekadar nak menanam minat membaca dalam diri anak-anak. Padahal anak kecil tu bukan pandai baca pun, selak-selak jer buku cerita bergambar tu.
Yang BW tahu kat Putrajaya ni ada 4 Perpustakaan Awam. Tapi BW pernah pergi library Presint 9 dengan Presint 16 (yang ni sekali je pergi) Yang presint 9 memang banyak kali la pergi sebab dekat sikit.
Library Presint 16. Bahagian kanak-kanak ni lagi besar dari Presint 9.
Dekat perpustakaan awam ni juga kita boleh pinjam buku. Tapi hanya untuk Ahli berdaftar. Yuran ahli murah jer. Tapi keahlian dibuka kepada warga Putrajaya dan kawasan sekitar seperti Bangi, Kajang, Dengkil, Serdang dan Puchong. Maklmat lanjut, Klik Sini.
Senarai Pusat Kejiranan Putrajaya;
1. Presint 6 (Tiada Library)
2. Presint 8 (Tiada Swimming Pool)
3. Presint 9
4. Presint 11
5. Presint 16
Kemudahan Yang Biasanya Terdapat Di Pusat Kejiranan;
1. Kolam Renang
2. Perpustakaan
3. Gym
4. Surau
5. Food Court
6. Playground
Yang paling famous Pusat Kejiranan Presint 9. Inilah juga tempat pertama yang kami tahu. Sebabnya, food court presint 9 ni memang well known, ramai sangat yang datang. Lagipun dekat dengan Klinik Kesihatan. So, kepada yang dok sekitar Putrajaya dan tatau nak pergi bawa anak-anak kemana, jom ke Putrajaya :)
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Seronok kan bawa anak-anak pergi ke perpustakaan
ReplyDeleteseronok tengok gelagat diorang walaupun tak membaca :)
DeleteSatu aktiviti yang menarik juga untuk keluarga kan... perlu dipertimbangkan nie...
ReplyDeleteaktiviti yang menarik, anak-anak suka, tapi kalau yang besar sikit tatau la pula :)
DeleteAssalamualaikum wbt... BW... hehehe... kita member library putrajaya....
ReplyDeletebuku banyak best best....
Wassalam ... bagus la jadi member, boleh pinjam buku selalu ;) macam kami ni jauh leceh nak pulangkan buku ni, so tak daftar pun
DeleteKat library tu ada kemudahan bilik perbincangan x
Deleteaktiviti ini bagus dalam mendidik anak2
ReplyDeletebetul tu.. tanamkan minat membaca dari kecil
Delete