Tuesday, April 8

Resepi Roti Puri Gebu & Lembut

Salam ...

Korang pernah dengar tak roti puri? BW first time dengar time makan kat satu restoran kat bangi ni, Restoran Roti Puri. Bila dah cuba rasa sedap dan suka pula. Bila google resepi, laa senang sangat, macam buat karipap jer, cuma tambah yis :)

 Roti puri yang kembung, gebu dan lembut tau. Sedapnya cicah kuah kari :)~

Bahan-Bahan;

- 21/2 Cawan Tepung Gandum
- 5 Sudu Besar Minyak
- 2/3 Cawan Air
- 1 Sudu Teh Yis
- 2 Sudu Susu Tepung
- Sedikit Garam

Cara-Cara;

1. Gaulkan tepung bersama minyak, susu tepung dan yis sehingga sebati.
2. Bancuhkan garam kedalam air dan tuang ke dalam adunan tepung tadi.
3. Uli adunan. Adunan asal agak sedikit lembik dan melekat ditangan.
4. Uli sehingga doh tidak melekit ditangan lebih kurang 5 minit.
5. Perap doh sehingga saiznya menjadi dua kali ganda.
6. Bulat-bulatkan doh menjadi bola golf kemudian canai jadi leper.
7. Goreng dengan api sederhana kuat sehingga kembung dan garing.

Tips Tambahan;

1. Pastikan doh betul-betul mengembang sebelum dibulat dan dileperkan.
2. Leperkan beberapa keping kemudian goreng. Ini bagi memastikan semua roti tu kembong gebu. Jangan leperkan semua sekali baru goreng sebab ianya akan mengakibatkan doh leper yang akhir digoreng tidak mengembong.

 Doh yang dah kembang, ada lubang udara kecil. Klik untuk Teknik Pengembangan Doh 30 Minit.

Doh yang dah dileperkan. Ready untuk terus digoreng.

Selamat Mencuba!

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
2. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
3. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

26 comments:

  1. saya sangat suka roti puri nie..ditambah pulak dengan kari daging yang pekat...mmg awesome la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kari daging pekat? wahh .. peminat masakan india ni :)

      Delete
  2. hehehe..BW mmg suka masak... bagus betul...

    eh groupon ada buat diskaun sekoq ayam panggang 14.50 jer...
    jangan lupa beli tau...
    cekidout link kat my belog ea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak anak besar sikit ni, rajin masak sebab suka tengok anak makan berselera :)

      ada nampak juga... tapi bila pikir semula, rasamas ni under kfc holdings, ayamnya terlebih antibiotik la, tak jadi la beli ;)

      Delete
  3. nampak sedap dan menyelerakan.. tekak mula gatal

    ReplyDelete
  4. wah.. nampak sedap tu.. kena cuba buat juga nanti.. terima kasih berkongsi resipinya.. :D

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan... :-)
    Nur pernah buat roti nie..cuba resepi dr Myresepi..time goreng tue kadang2 ada yang tak kembung...tapi roti nie sedappp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga ... samalah, first buat dulu, canai sampai habis, yg last keping tu tak kembung. Lepas tu, canai sikit sikit :)

      Delete
  6. Bukan tpung gndum..nama pun roti puri..msti pki tepung puree laaaaaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah tahu pun ada tepung puree hehe ... tengok kat TV dia guna tepung gandum jer. banyak kali dah buat ni, walaupun guna tepung gandum, rasa sama ajer macam roti puri yang dijual dikedai.

      so, guna tepung gandum pun boleh juga sebenarnya. tepung puree tu maybe tepung gandum yang ditambah sedikit herba macam tepung atta tu kot :)

      Delete
  7. Bukan tpung gndum..nama pun roti puri..msti pki tepung puree laaaaaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah tahu pun ada tepung puree hehe ... tengok kat TV dia guna tepung gandum jer. banyak kali dah buat ni, walaupun guna tepung gandum, rasa sama ajer macam roti puri yang dijual dikedai.

      so, guna tepung gandum pun boleh juga sebenarnya. tepung puree tu maybe tepung gandum yang ditambah sedikit herba macam tepung atta tu kot :)

      Delete
  8. Susu tepung tu pakai susu ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna susu dutch lady ... tapi nak guna susu brand apa pun takpe. nak guna susu pekat dalam tin tu pun boleh juga :)

      Delete
  9. Susu tepung tu pakai susu ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna susu dutch lady ... tapi nak guna susu brand apa pun takpe. nak guna susu pekat dalam tin tu pun boleh juga :)

      Delete
  10. Kalau guna susu pekat dlam tin agaran berapa banyak ye...letak sekali tepung jgk ke...sekali airn

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh letak ikut suka, kalau tak berapa gemar manis letak dalam 2 sudu makan. kalau suka manis boleh lebihkan. maximum lima sudu makan lah sebab roti puri ni makan cicah kuah kari, kalau terlebih manis macam tak kena pula.

      masukkan dalam tepung, gaul rata dulu. kalau confident dengan sukatan air, boleh juga bancuh dalam air. selamat meroti :)

      Delete
  11. Kalau guna susu pekat dlam tin agaran berapa banyak ye...letak sekali tepung jgk ke...sekali airn

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh letak ikut suka, kalau tak berapa gemar manis letak dalam 2 sudu makan. kalau suka manis boleh lebihkan. maximum lima sudu makan lah sebab roti puri ni makan cicah kuah kari, kalau terlebih manis macam tak kena pula.

      masukkan dalam tepung, gaul rata dulu. kalau confident dengan sukatan air, boleh juga bancuh dalam air. selamat meroti :)

      Delete
  12. Replies
    1. boleh, susu cair boleh, susu pekat boleh, susu segar pun boleh ... apa yang ada kat dapur guna jer :)

      Delete
  13. selalu makan dgn ikan sardin dalam tin tu, tumis balik bagi pedas2 sikit. sedap ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. yummy ... makan dengan sardin memang mabeles kan, saya suka juga, tapi encik suami lebih suka kari :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...