Saturday, January 24

Tempat Menarik di Putrajaya : Muzium Alam Semulajadi, Hidup Segan Mati Tak Mahu

Salam ..

Ni cerita september tahun lepas. Kami ke Muzium Alam Semulajadi, Presint 15, Putrajaya. Lambat upload sebab snap gambar guna hand phone, so terperuk je dalam tu :)

Muzium ni anak-anak dan hubby dah pergi tahun sebelumnya. Time tu terjaga, elok je la dalam tu, kemas. Tu yang anak-anak nak pergi lagi. Dulu diorang datang pameran katak dan kodok. Kali ni pameran mamalia pula.

Tingkat Bawah, pameran mamalia yang telah dikeringkan, macam real :)

Tingkat atas, pameran katak, katak hidup tau belakang tu.

 Si kakak seronok, snap gambar sana-sini, selfie sana-sini. 

 Belakang tu katak mati, diawet dan direndam dalam air, besar tau katak tu. Abaikan mimik muka si adik, geli katak katanya.

 Tak ada apa sangat nak tengok, sudahnya tengok movie putera katak ;p

Model tiket ;) Harga tiket dewasa dua ringgit, kanak-kanak free aje.

Yang hado je muzium ni. Bila naik tingkat atas, eh ada lagi pameran katak, tak terjaga, ada papan yg tercabut dibiarkan aje. Muzium ni umpama mati segan hidup tak mahu. Nasib baik tiket murah. So walaupun yang hado, layan kan aje anak-anak nak pusing-pusing. Kalau mahal ni, mau complain kan ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

16 comments:

  1. Uiii gelinya tgk katak...wah beraninya kakak tgk katak ek...cerita putera katak mmg legend ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la geli.. tengok dari jauh je :) dapat tengok movie pun seronok, macam dapat tengok wayang :p

      Delete
  2. muka adik comel bila candid camera...huhu..geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang suka buat muka and peace satu jari kalau snap gambar ;)

      Delete
  3. berapa kali ke putrajaya tak pernah tahu pun kewujudan tempat ni

    ReplyDelete
  4. comel2 anak BW.. hehe. geram je tgk muka

    ReplyDelete
  5. Pembelajaran tak formal buat anak-anak kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. wpun yg hado anak-anak still suka nak tahu haiwan yg diorang tengok :)

      Delete
  6. sayanglah dah ada aset tapi tak dikembangkan. bagus juga bawa budak2 ke sni. berkembang fikiran ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... pekerja pun nampak cam malas je. sabo je la :p

      Delete
  7. jika tidak terjaga kurang lah tourist nk ke sana

    ReplyDelete
  8. sy dok putrajaya pun xpenah pegi..ank je penah pegi..tu pun ikut lawatan taska..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...