Thursday, January 29

Tempat Menarik Di Sabah : Pulau Manukan, Kota Kinabalu Memang Tenang

Salam ...

Entri kali ini na cerita sikit pasal Pulau Manukan yang tenang lagi nyaman. Sesuai sangat untuk pasangan pengantin baru untuk honeymoon, sebab pulau ni tak ramai orang pun yang berkunjung. Sepanjang disini, kami menginap di Sutera Suctuary Lodges.

Untuk ke Pulau Manukan kena naik bot dari Jeti Kota Kinabalu. Laju tau bot dia, dalam setengah jam kot sampai. Tapi my hubby tak biasa, dia nak termuntah. BW steady je la sebab dah biasa. Untuk yang tak biasa memang pening la, bergoncang kot dalam bot tu. Nak ke sini kena bayar tax tau, Tax Jeti dan Tax Island. Tapi murah je ;)

 Selamat Datang ke Pulau Manukan :)


 Pemandangan yang cantik dengan udara yang menyegarkan.

 Alatan peninggalan perang. Elok letak atas kerusi aje tak ada yang curi :p

 Pantai yang bersih dan air laut yang jernih.

 Jeti Pulau Manukan. Datang dari sini balik pun tunggu sini ;)

 Bagi makan ikan. Sihat betul ikan-ikan ni. Time kecil dulu kat kampung ni kalau nampak ikan banyak camni memang ambil tapis teh tu la nak sauk ;)

 Pemandangan diwaktu senja memang tenang.

 Macam-macam aktiviti yang boleh dibuat disini. Sekarang ni maybe harga sewa dah up sikit :)

Kami dalam bot nak ke pekan Kota Kinabalu. Bye Bye Pulau Manukan. Rasa macam tak nak balik pun ada :(

Air laut nya sangat la jernih, boleh nampak ikan-ikan di jeti. Kalau nak snorkling pun tak perlu la pergi jauh-jauh, just snorkeling kat tempat kita mandi-mandi je. Tapi BW tak snorkeling pun sebab tak pandai berenang. Lagipun kami bawa dua set snorkeling je dan tak ada jaket keselamatan, so hubby dengan my brother je la yang snorkeling. Kalau ada jaket keselamatan, nak juga join gilir-gilir :p

Klik Sini untuk Jalan-Jalan Kota Kinabalu Sabah.
Klik Sini untuk Sunctuary Lodges Pulau Manukan.
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

10 comments:

  1. Wow Bestnya... nak kena plan ke sana la camni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm best sangat ... kami pun kalau boleh nak pergi lagi :)

      Delete
  2. Nak smp ke pulau ni brp jam kene naik bot? Harga utk bot brp ek?
    Cantik sgt pulau ni. Masuk whislist dulu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama gak la nak sampai, dalam setengah jam macam tu. hubby pun nak termuntah dah sebab tak biasa :p Harga dah lupa la. Nak pergi sana bukan setakat kena bayar bot, kena bayar harga tax jeti dengan tax island juga :)

      Delete
  3. subhanallah cantiknya ciptaan ALLAH...

    ReplyDelete
  4. mesti pergi ni! ^^ bagusnya letak mcm tu saja atas kerusi dan part sauk ikan tu, hee.. penah buat juga. mgamuk mak tapis teh bau ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ... kan. pulak tu ikan yg dibawa balik takleh nak makan :p

      Delete
  5. BW...x pandai berenang pun boleh snorkeling...guna pelampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. untuk yg tak pandai berenang kena guna jaket keselamatan tu so sentiasa terapung. tapi tak ada. my brother just bawa dua set snorkling je. tak dapat la nak snorkeling :p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...