Sunday, February 22

Kerap Tengok House Hunter Sampai Berangan

Salam ...

Korang langgan unify ke kat rumah? Kalau guna unify mesti korang tahu Travel Channel kan? BW suka sangat tengok rancangan House Hunter International.

Kerap tengok sampai berangan nak ada vacation home juga. Tapi verangan je la ;)

Rumah bungalow ada swimming pool dan view laut antara pilihan mereka-mereka yang mencari vacation home.

House Hunter International ni bukan berkisar pasal vacation home saje. Ada juga pasal nak cari rumah sewa sebab dapat kerja luar negara. Ada juga yang mencari first home untuk keluarga.

Biasa yang cari second home untuk jadi rumah peranginan ni orang kaya-kaya. Kebanyakan budget USD 500,000. Pergh kaya orang barat ni kan. Berapa agaknya gaji diorang yer.

Ada satu siri tu, cerita pasal sorang wanita bujang nak cari apartment di Paris dengan budget USD250,000. Kalau convert ringgit Malaysia jadi lebih dari RM900,000. Terkejut tau, dengan budget banyak tu hanya dapat apartment saiz 200 square feet aje. Kosong pula tu. Toilet pun kena repair. Table top pun tak ada, kosong sekosong-kosong nye. Punyalah mahal kan?

Kalau BW dapat beli rumah peranginan saiz 200 square feet kat Malaysia ni pun dah besar tuah sangat. Tapi verangan je la nak rumah tepi pantai. Tengok iklan tanah untuk dijual, harga juta-juta kot kalau tepi pantai. Telan air liur sekejap ;p

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. Comel je rumah tu..insyaAllah kalau kita betul2 berharap, berdoa, usaha dan tawakkal mana tau kan..entah2 boleh dpt..rezeki semua Allah yg bagi:))

    ReplyDelete
  2. Kat bagan lalang ada rumah tepi pantai...murah je....rumah teres satu tingkat je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah teres tak syok... tak rasa cam rumah peranginan. kalau rumah kampung syok la :)

      Delete
  3. Sis... 200 sqft? are u serious?

    besar mana je 200sqft tu? huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ... 200 sqft. tu pasal la diorang design katil dinding bagai tu. space limit :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...