Tuesday, April 7

Resepi Mudah Mee Rebus Daging Johor Sedap

Salam ...

Siapa suka makan mee rebus? Jom kita buat dirumah. Tapi ni mee rebus johor. Rasa memang tak sama la dengan mee rebus mamak tu.
mee rebus daging johor sedap 
Mee rebus daging johor dengan kuah pekat. Nyum ;)~
mee rebus daging johor sedap 
Mee rebus johor tanpa daging dengan kuah sedikit cair.
mee rebus daging johor sedap 
Untuk pengetahuan korang, kuah mee rebus johor, mestilah ada daging. Untuk kuah pula, boleh guna ubi atau kentang. Biasa memang BW guna kentang aje :) Kalau suka kuah pekat, lebihkan kentang, kalau suka kuah cair, kurangkan kentang.

Kuah mee rebus daging johor yang dah siap dimasak.
mee rebus daging johor sedap 
Bahan-Bahan (Hidang);
mee rebus daging johor sedap 
- 3 Bungkus Mee (Direbus)
- Telur (Direbus)
- Fish Cake (Digoreng)
- Daun Sup (Dihiris Halus)
- Cili Besar (Dihiris)
- Tauhu Goreng
- Bawang Goreng
mee rebus daging johor sedap 
Bahan-Bahan (Kuah);
mee rebus daging johor sedap 
- 300gm Daging (Dihiris)
- 10 Biji Kentang (Diblend)
- Rempah 4 Sekawan, Klik Sini
- 3 Susu Besar empah Soto Mak Siti
- Air Secukupnya
- Garam Secukupnya
- 2 Sudu Besar Minyak Masak
mee rebus daging johor sedap 
Bahan-Bahan (Kisar);
mee rebus daging johor sedap 
- 1 Biji Bawang Holand
- 1 Biji Bawang Besar
- 3 Biji Bawang Putih
- 3 Biji Bawang Kecil
- 1 Sudu Taucu
- 2 Sudu Udang Kering Gred A
mee rebus daging johor sedap 
Cara-Cara;
mee rebus daging johor sedap 
1. Panaskan minyak masak dan tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar, dah tumis lagi seketika.
3. Masukkan serbuk soto mak siti, gaul sebati.
4. Masukkan daging dan sedikit air, kemudian didihkan seketika, sehinga daging sedikit lembut.
5. Masukkan kentang yang dikisar, dan gaul sebati, biarkan sehingga mendidih.
6. Hidangkan mee bersama kuah, telur rebus, tauhu goreng, fish cake, daun sup, cili dan bawang goreng.
mee rebus daging johor sedap 
Menu feveret encik suami. Siap suruh tapau bila dia nak keluar ;)
mee rebus daging johor sedap 
Jemput makan semua ;)~
mee rebus daging johor sedap 
Selamat Mencuba!
mee rebus daging johor sedap 
Klik Sini untuk Resepi Mee Bandung Muar
mee rebus daging johor sedap 
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
mee rebus daging johor sedap 

8 comments:

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...