Wednesday, April 8

Dressing Salad Oren Valencia Mudah & Sedap. Jom Sihat Makan Salad

Salam ...

Siapa kat sini suka makan salad? Jom buat salad guna oren valencia. Hanya sesuai guna oren yang masam, kalau oren yang manis, salad kurang sedap. Hari-hari sarapan tak sihat, sekali-sekala ganti dengan salad pula yer ;)

 Salad buah-buahan pilihanku. Campuran salad hijau, strawberry, honey dew, epal hijau dan oren. Perahkan jus oren valencia dan tamba sos thousand island. Nyum~


 Salad dengan sos cili thai dicampur mayo. Campuran salad merah bersama carrot, honeydew, bawang holland dan oren. Perahkan jus oren valencia diatasnya.

 Tambah soseh yang dihiris dalam salad memang sedap. Camuran salad hijau dan merah bersama carrot dan oren. Perahkan jus oren valencia diatasnya dan taburkan flavored black pepper.

 Makan salad dengan mayo pun sedap. Tapi husband tak suka :p Campuran salad merah, carrot, bawang holand dan oren. Perahkan jus oren valencia diatasnya.

 Makan salad dengan telur goreng pun sodap. Campuran salad merah, honey dew, carrot, timun dan oren. Perahkan jus oren valencia dan taburkan sedikit garam halus.

Salad sayuran pilihan suami. Campuran salad hijau, epal, capsicum, bawang holand, carrot, daun parsley dan oren. Perahkan jus oren vaencia dan tuang sos thousand island.

Salad segar boleh di beli di Tesco atau Jaya Grocer. RM3 untuk sejambak salad segar dalam pasu mini. Salad ni kami makan time breakfast dan minum petang. Jom sihat makan salad ;)

Klik Sini untuk Resepi Jus Sihat Buang Toksin Dalam Badan

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

6 comments:

  1. wah wah bagusnyeee..kalau jual saya nak beliii he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... boleh dipikirkan ni bisnes jual salad. laku ke eh jual kat msia? :p

      Delete
  2. Menyelerakan..oren valencia tu oren apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oren masam.. kalau kat tesco 50sen sebiji :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...