Last time dah Review Legoland Theme Park, Klik Sini. Kali ni nak review Legoland Water Park pula. Sebab kami punya tiket combo. Pada yang nak tahu harga tiket, boleh Klik Sini.
Tempat pertama yang kami tuju. Tapi ombak dia slow aje, kalau kat Sunway Lagoon ombak kuat sikit.
Spot yang anak-anak suka sangat. Lama betul kat sini. Ibu yang bosan menunggu kat tepi. Bahagian yang ni kalau pakai baju cotton tak boleh main slide yang tinggi. So, sape nak pergi, jangan lupa bawa baju swimming kay.
Kami masuk water park pula dalam pukul 3.00 dan keluar pukul 5.30, sebab tak nak bersesak-sesak pukul 6.00 nanti. Waktu operasi Legoland Water Park dari 10.00 pagi sampai 6.00 petang.
Yang ni anak-anak suka sangat, tak besar mana pun, kami pun lebih lima kali pusing ;)
Ni tempat main lego, actually kecil aje tempat ni, tak boleh naik, just berdiri kat tepi dan main lego. Tapi kami tengok aje la, sebab dah puas main lego kat hotel, Klik Sini.
Tempat untuk orang dewasa. BW dan anak-anak tak pergi pun sini, si adik tak cukup ketinggian. Nanti dia menangis, merengek la pula kalau tak dapat main. Yang ni memang lagi extreme la dari Sunway Lagoon. Thumbs up untuk bahagian ni.
Peta Legoland Water Park. Peta nampak cam besar, tapi kecil je pun water park ni.
Dekat water park ni ada sewa canopy atau cabana rental. Mahal yang amat RM300 sehari kay. Busy main air kot, ada ke masa nak berehat di cabana? Sewa locker pula RM20. Sewa tuala RM30. Tapi satu pun kami tak sewa :p
Harga tiket untuk water park memang mahal, Klik Sini. Kalau setakat beli water park sahaja macam tak berbaloi. Memang tak meet BW punya expectation. BW expect lagi best dari Sunway Lagoon. sebab mahal kan. Tapi, BW rasa Sunway Lagoon jauh lagi best, harga pun murah sikit ;)
Untuk entri penuh, Cuti-Cuti @ Legoland Malaysia, Klik Sini
Untuk entri penuh, Cuti-Cuti @ Legoland Malaysia, Klik Sini
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
x best la kalau macam tu.. kalau mahal tapi berbaloi xpe..
ReplyDeletetu la pasal.. ke expectation tinggi sangat? tapi mahal kot, mesti la expect gempak kan ;)
Deletexpernah ke sana lg.. mcm xbest pula
ReplyDeletebukan la tak best langsung. tak berbaloi dengan harga ;p
Deletethe best articel...salam sejahtera semoga hari ini lebih baik http://goo.gl/YWhBXQ
ReplyDeletesalam sejahtera :)
Delete