Thursday, April 2

Tempat Menarik di Johor : Bergembira di Legoland Theme Park Malaysia @ Nusajaya

Salam ...

Spot pertama kami bila masuk Legoland Theme Park ni ialah Miniland, Klik Sini. Setelah puas selfie sana sini, kami pun start bergembira main game itu ini ;)

Actually, husband dengan baby dua orang tu tak masuk pun theme park ni. Husband kata dia tak minat, biar dia jaga baby kat hotel aje. So, BW dengan anak-anak masuk dengan my brother & their family.

 Mempersembahkan, si kakak & si adik bersama kawan-kawan barbie lego nya :)

 Destinasi game pertama kami, international airport, naik flight berpusing sampai pening ;)

 Destinasi kedua, naik keretapi. Time selfie di miniland dah nampak dah train ni :)

 Misi ambil lesen pula. Nissan driving school untuk si kakak. Junior driving school untuk si adik.

 Mula-mula kami tunggu si kakak dulu ambil lesen. Bahagian ni siap kena masuk training class dulu tau sebelum ujian memandu, sebab track tu siap ada traffic light lagi, cam real je kan ;)

 Turn si adik pula. Track ni tak ada la traffic light bagai, just tekan minyak terus gerak. Tapi sebab di adik baru je nak masuk 4 tahun tak berapa nak pandai, asyik terberhenti je kereta dia :)

 Boating school pula. Tapi kali ni ibu yang bawa, anak-anak duduk diam aje dalam bot. Punya la panjang barisan nak tunggu turn kat sini, sampai masam muka si adik :p

 City stage, ni antara tempat main lego. Tapi kami tak main pun sebab dah puas main lego di hotel, Klik Sini.

 Rescue academy. Yang ni game naik kereta bomba.

Nak juga selfie dengan patung lego raya katanya ;)

Main punya main, snap gambar sana-sini, last sekali bateri kamera habis dah. So, yang selebihnya tak tangkap gambar. Ada beberapa keping je tangkap guna handphone. Ni semua sebab banyak bergambar di hotel punya pasal Klik Sini & Klik Sini

Ok, tibalah masa untuk part review. Banyak kay game dalam ni, macam roller coaster, siap ada 3 lagi, anak-anak tinggi 100cm macam si adik boleh juga naik roller coaster yang paling rendah, memang best. Yang tak bestnya, Legoland ni luas sangat, dari satu game nak ke satu game memang penat berjalan. Ada game yang tak sempat main. Dah la panas. Nasib baik kami bawa air kotak, 6 lagi tu :p Sebab kat dalam ni mahal-mahal belaka tau. Contohnya, 2 ketul ayam goreng bersama air gas RM18. Baik la korang keluar dulu, makan puas-puas kat luar, then masuk balik kay ;)

Untuk pengetahun korang, masuk Legoland ni, dia bagi tiket macam tiket LRT tu. Tak pasang tiket kat lengan macam lain-lain theme park. Kita boleh je nak tukar orang bila dah keluar (Dah tiket mahal kan, share ler :p Klik Sini untuk Harga Tiket) Boleh je keluar masuk pergi kedai makan ke pergi hotel ke sesuka hati. Waktu operasi dari 10 pagi sampai 7 petang.

Legoland Theme Park ni  ada beberapa area. Anataranya;

- Miniland
- Lego Technic
- Lego Kingdom
- Imagination
- Star Wars
- Land of Adventure
- Lego City

Setiap area ada beberapa game. Antaranya;

- Tempat Main Lego
- Roller Coaster
- Driving School
- Lego Tower
- Wayang 3D
- Rumah Sesat
- Keretapi
- Extreme Boat

Game di Legoland Theme Park ni setanding la dengan game di Genting Theme Park tu. Cuma BW lebih suka genting la, sebab genting ni kawasan dia tak luas, antara satu game ke satu game dekat aje. Sempat tau nak cuba semua game. Siap boleh main berkali-kali lagi untuk setiap game. Cuaca pun sejuk, nyaman je dari pagi sampai ke petang ;)

Klik Sini untuk entri penuh, Cuti-Cuti @ Legoland Malaysia.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

9 comments:

  1. Banyak gak benda menarik dalam Legoland tu yer ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak. tapi jauh. letih berjalan :)

      Delete
  2. Replies
    1. kenangan baru lagi ni ... cuti sekolah dua minggu lepas :)

      Delete
  3. Setuju dengan part yang letih berjalan tu tak sesuai untuk kanak-kanak yang belum tahu berjalan ibu/bapa pun boleh stress dibuatnya semua permainan tak boleh nak main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, anak kecil memang tak sesuai sangat, panas pula tu. sy pun tak bawa baby dua orang, husband jaga kat hotel, just bawa kakak-kakak je ;)

      Delete
  4. kiranya legolang ni sesuai utk kanak2 jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually sesuai untuk kanak-kanak besar dan dewasa. banyak game dewasa. pastu jauh betul dari satu game ke satu game, bawa anak-anak kecil yg jalan slow, tak sempat main semua.

      gambar dalam ni semua untuk kanak-kanak, sebab ibunya tak main sangat, layankan anak-anak je. kalau ibunya sibuk main, hilang pulak anak nanti ;)

      Delete
  5. assalamualaikum kak. Sy search tntg legoland then nmpk blog akak and sy park kt sini. nnak tanya setiap game and ride tu kena byr ke? maaflah dh 2019 😅

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...