Siapa kat sini suka makan yogurt natural? Terbaik lah kalau suka yogurt yang natural dipasaran tu. BW takleh telan yogurt natural tu tau, masam sangat rasanya. Biasa beli yogurt yang ada perisa. Tapi, homemade yogurt ni rasanya agak kurang masam sedikit. Jom kita lihat resepi dan cara membuat yogurt menggunakan mini rice cooker.
cara buat yogurt sendiri dirumah
Rupanya macam taufufa dibahagian atas, tapi rasa yogurt la ;)~
cara buat yogurt sendiri dirumah
Dua bahan aje yang diperlukan, susu dan natural yoghurt sebagai yogurt starter.
cara buat yogurt sendiri dirumah
Masukkan susu kedalam periuk untuk dipanaskan.
cara buat yogurt sendiri dirumah
Kacau, kacau dan kacau sehingga didih dan jadi sedikit berbuih.
cara buat yogurt sendiri dirumah
Sejukkan semula. Kalau nak cepat buat macam ni, kemudian kacau-kacau. Sejukkan sehingga menjadi suam-suam kuku kata orang. Kena rasa dengan tangan la. Bila dan suam boleh la ketepikan bekas berisi air tu.
cara buat yogurt sendiri dirumah
Masukkan yogurt starter. Pastikan yogurt telah dikeluarkan dari fridge dan berada pada suhu bilik sewaktu dicampurkan dengan susu. Kacau sehingga sebati dengan perlahan tau.
cara buat yogurt sendiri dirumah
Masukkan kedalam bekas. Pastikan bekas telah dibasuh sebersih-bersihnya supaya tiada bakteria. Bakteria boleh mengganggu proses pembiakan kultur hidup dari yogurt starter.
cara buat yogurt sendiri dirumah
Sepatutnya kena guna bekas kedap udara. Tapi mini rice cooker ni mana ada penutup kan, so just tutup dengan bekas pengukus.
cara buat yogurt sendiri dirumah
Tutup rapat. Dan biarkan KEEP WARM sahaja kay. On suis 15 minit kemudian tutup, biarkan selama 45 minit. On lagi 15 minit dan biar lagi 45 minit. Ulang langkah ni sehingga 4-6 jam. Proses ni bagi mengelakkan suhu terlampau tinggi. Suhu yang tinggi boleh mematikan kultur hidup dari membiak.
cara buat yogurt sendiri dirumah
Beginilah rupa homemade yogurt yang telah siap. Nyum~
cara buat yogurt sendiri dirumah
cara buat yogurt sendiri dirumah
Kepada yang tak ada mini rice cooker, boleh la cuba guna rice cooker biasa tu yer. Pastikan cuci bersih, jangan nanti yogurt bau nasi beriani pula :p Syok juga mini rice cooker ni, boleh buat yogurt, boleh masak kek juga, Klik Sini. Kalau ada yogurt maker atau slow cooker lagi mudah la kan, on suis dan biarkan je selama 4-6 jam.
cara buat yogurt sendiri dirumah
Entri Berkaitan;
cara buat yogurt sendiri dirumah
cara buat yogurt sendiri dirumahThanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
cara buat yogurt sendiri dirumah
2 bahan je? Mudahnye nk buat yogurt.
ReplyDeletememang dua bahan aje ... mudah je, yang rumit nak jaga temperature :)
Deletenice.. bahan2 dia mpak mudah.. tapi cara dia tu macam agak rumit jugak yer.. nk jaga temperature lagi.. hehehe
ReplyDeletebetul tu ... cara yg agak rumit, tapi kalau ada yogurt maker, just on je sbb memang temperature utk yogurt :)
DeleteSalam singgah malam sis....wahh...yogurt....diana suka mkn yogurt...hihi
ReplyDeletesalam diana ... boleh la cuba buat sendiri pula :)
DeleteEnak banget.. rencananya saya mau biki dirumah lain waktu :D
ReplyDeleteselamat mencuba :)
Delete