Friday, July 10

Misi Membuat Cornflakes Madu Berbalang-Balang

Salam ...

Lambat udate blog hari ni sebab busy kononnya. Busy nak siapkan cornflakes madu berbalang-balang untuk diberi kepada anak-anak sedara, dengan misi satu rumah satu balang. Go! go! go! ;)
buat cornflakes madu sedap
Gunakan nestle cornflakes untuk cornflakes madu yang sedap
 Dah macam nak meniaga pun ada kan.
5 pack besar kesemuanya, dah siap 3 tinggal lagi 2, caiyok ;)
buat cornflakes madu sedap
Satu-satunya biskut raya yang BW akan buat setiap tahun tak miss, walaupun dalam pantang tahun lepas dan tahun sebelumnya :p Tapi time tu buat sikit aje untuk sendiri makan. Sekarang ni sihat walafiat, so misi buat berbalang-balang untuk semua rumah abang-abang dan kakak-kakak.
buat cornflakes madu sedap
Biskut lain buat juga, tapi buat untuk sendiri sahaja. Biasa biskut raya untuk kampung, my kakak yang buat. So, BW anak bongsu bertuah ni buat biskut senang aje, cornflakes madu ;p
buat cornflakes madu sedap
misi buat cornflakes madu sedap berbalang-balang
1 pack cornflakes boleh dapat 3 balang sederhana besar macam ni.
Dah siap 3 pack, patutnya 9 balang, tapi tinggal 5 balang aje.
buat cornflakes madu sedap
Letih juga la walaupun baru 3 pack sebab buat sorang-sorang aje. Si kakak sekolah, si adik empat tahun bukan boleh harap pun, kacau je lebih. Setiap pack boleh dapat 3 balang macam dalam gambar. Tapi sekarang tinggal 5 balang aje setelah habis dimakan, dimasuk balang kecil dan bagi pada cikgu-cikgu si kakak serta jiran. Dan juga diagihkan pada orang-orang yang berbuka di masjid oleh si kakak dan si adik. Nak didik diorang memberi benda yang diorang suka, sebab cornflakes madu ni biskut yang paling paling diorang suka.
buat cornflakes madu sedap
So, tinggal nak habiskan 2 pack aje lagi. Berpinor mata bila fokus time masukkan cornflakes dalam cup dan susun dalam balang. Tabik spring pada yang berjaya buat dan jual biskut raya tanpa bantuan sesiapa. Oklah nak sambung lagi ;)
buat cornflakes madu sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
buat cornflakes madu sedap

12 comments:

  1. Hebat la be boleh buat di samping ank2 kecik. Su sbb ada baby. Mmg x de masa nk buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann ... kena tidurkan baby dan abg dia yg 2 tahun tu dulu baru boleh buat, bila diorang terjaga memang tak menang tangan :)

      Delete
  2. family saya tiap2 tahun buat cornflake madu ni.. senang dan sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Fuhhhh! Dah terasa meriah nak raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dengan my dotter la ... setiap kali buat biskut raya, dia terasa nak raya, mesti tanya "bila nak raya ni ibu" :)

      Delete
  4. kalau lah JM jadi ipar BW..leh dapat biscuit free hihhihi...gurau jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ... mestilah dapat. tapi cornflakes madu aje. sebab yg tu senang :p

      Delete
  5. suka juga BW tp nk buat memang malas.. hehee
    selalu menghabiskan biskut di rumah org :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh cornflakes madu senang je nak buat ... tapi lagi senang habiskan rumah org ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...