Wednesday, July 29

Resepi Chicken Grill Black Pepper Sihat Sedap

Salam ...

Jom masak chicken grill black pepper untuk dinner malam ni. Dinner malam esok ke malam lusa ke malam tulat pun boleh. Menu sihat lagi sedap ;)
chicken grill lada hitam sedap
Resepi Chicken Grill Black Pepper Sihat Sedap. Cara Masak Ayam Panggang Lada Hitam Best
 Chicken grill dengan sos black pepper, sayur carrot cendawan, mash potato, anggur dan capsicum.
chicken grill lada hitam sedap
Bahan-Bahan (Ayam Grill);
chicken grill lada hitam sedap
- 2 Potong Dada Ayam
- Sedikit Garam
- Sedikit Black Pepper
- Sedikit Mix Herbs
- Sedikit Minyak Zaitun
chicken grill lada hitam sedap
Resepi Chicken Grill Black Pepper Sihat Sedap. Cara Masak Dada Ayam Panggang Lada Hitam Best
 Nak beli ayam tu makesure pilih ayam yang bersih kay.
Potong bahagian dada dan buang tulang ayam.
chicken grill lada hitam sedap
Resepi Chicken Grill Black Pepper Sihat Sedap. Cara Masak Ayam Perap Panggang Lada Hitam Best
 Perapkan ayam bersama mix herbs, black pepper, garam dan minyak zaitun.
Perap dalam 15 minit pun sudah memadai.
chicken grill lada hitam sedap
Resepi Chicken Grill Black Pepper Sihat Sedap. Cara Masak Ayam Panggang Lada Hitam Best
 Grill kan ayam diatas pan yang panas dengan api sedikit perlahan.
Grill 10 minit setiap bahagian sehingga garing.
chicken grill lada hitam sedap
Bahan-Bahan (Sos Black Pepper)
chicken grill lada hitam sedap
- 1 Ulas Bawang Putih (Ditumbuk)
- 1 Biji Bawang Merah (Ditumbuk)
- 3 Sudu Sos Black Pepper
- 3 Sudu Kicap
- 1 Sudu Sos Cili
- 1 Sudu Teh Tepung Jagung
- Garam Secukup Rasa
- Air Secukupnya
- Minyak Untuk Menumis.
chicken grill lada hitam sedap
Cara-Cara (Sos Black Pepper);
chicken grill lada hitam sedap
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih serta bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan sos black pepper, kicap dan cili kacau sehingga sebati.
3. Masukkan air dan air bancuhan tepung jagung, kacau sebati sehingga pekat.
4. Masukkan garam secukup rasa.
chicken grill lada hitam sedap
Sayur Carrot Cendawan;
chicken grill lada hitam sedap
1. Tumis bawang putih dan bawang merah blend dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
2. Masukkan carrot yang telah disagat kedalamnya dan kacau rata sehingga carrot lembut.
3. Masukkan cendawan yang telah dicarik dan sedikit garam, kacau lagi sehingga masak.
chicken grill lada hitam sedap
Mash Potato / Kentang Lenyek.
chicken grill lada hitam sedap
1. Rebus kentang yang telah dibuang kulit sehingga lembut.
2. Lenyekkan dengan garpu dan sudu sehingga hancur.
3. Masukkan sedikit susu segar (jika ada) dan lenyek hingga sebati.
4. Masukkan sedikit garam dan mix herbs, gaul lagi sampai jadi.
chicken grill lada hitam sedap
Resepi Chicken Grill Black Pepper Sihat Sedap. Cara Masak Ayam Panggang Lada Hitam Best
Jemput makan semua ;)~
chicken grill lada hitam sedap
Kepada yang suka makan chicken chop dan ayam jenis bergoreng boleh Klik Sini untuk dapatkan resepi chicken chop yang mudah kay.
chicken grill lada hitam sedap
Selamat Mencuba!
chicken grill lada hitam sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
chicken grill lada hitam sedap

16 comments:

  1. sedapnye lahai, hubby suka la makan western food cenggini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun suka makan western sekali sekala ... cuma sejak anak ramai ni tak selesa dah nak makan kat kedai, diorang bising, so masak sendiri ;)

      Delete
  2. Harini asyik terserempak dengan resipi yang best-best jer...yam yam

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyum nyum ... kalau bulan puasa ni, macam-macam terbayang kat kepala bila nampak makanan kann :)

      Delete
  3. western food la paling mudah nk masak kan

    ReplyDelete
  4. sedapnya..kalau berbuka puasa plg semangat nk masak..bende susah2 pn jd rajin..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ... time puasa, rajin berganda, masak itu ini :)

      Delete
  5. western style...nak jugak..tolong masakkan boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyum nyum ... tolong masak pastu upload gambar je, boleh? :)

      Delete
  6. Yeahhh inilah resepi yg ku cari...

    Camno blh tak jumpo...

    Hari tu sy mengOven kn daging... tp perapan sy mcm x best sgt...

    BW pakai sos blck ppr or serbuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakar dalam oven lebih senang kan huda, tapi ambil masa sikit nak masak ... huda perap dengan mix herbs sekali tak?

      untuk sos tu, guna dua-dua ... guna serbuk lada hitam dan sos lada hitam ready made juga, senang :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...