Saturday, September 5

Membuat Kulit Tart Menggunakan Loyang Muffin

Salam ...

Apa aktiviti hujung minggu ni? Kami tak keluar rumah pun hari ini. Sekarang kan jelebu, tak sesuai la nak keluar sana sini bawa anak kecil kalau takde hal penting. Bila dah duduk rumah mesti nak buat sesuatu. Teringin nak buat tart, tapi tak ada acuan tart shell. So, cubaan membuat tart shell menggunakan loyang muffin ;)
Cara Buat Kulit Tart Shell Gebu Rangup
cara buat kulit tart menggunakan loyang muffin
 Buat tart shell guna loyang muffin.
Cara Buat Kulit Tart Shell. Buat Kulit Tart Guna Loyang Muffin
Moh kita tengok, jadi ke tidak buat tart shell guna loyang muffin ;) Layan ...
Cara Buat Kulit Tart Shell Gebu Rangup
leperkan doh kulit tart dan tekap guna cawan
Leperkan doh menggunakan roller dan tekap menggunakan gelas plastik.
Cara Buat Kulit Tart Shell Gebu Rangup
masukkan doh dalam loyang muffin, tekan dan lubangkan
Masukkan doh yang telah ditekap kedalam acuan, tekan-tekan dan lubangkan menggunakan garpu.
Cara Buat Kulit Tart Shell Gebu Rangup
cara buat kulit tart menggunakan loyang muffin
Buat sampai habis dan bakar pada suhu 180 celcius selama 15 minit.
Cara Buat Kulit Tart Shell Gebu Rangup
Terbalikkan loyang muffin untuk keluarkan kulit tart
Bila dah siap bakar, terbalikkan loyang untuk keluarkan kulit tart.
Cara Buat Kulit Tart Shell Gebu Rangup
kulit tart yang tebal
Nampak tak? Kembang semangkuk kulit tart BW ;) 
Sebab guna loyang muffinkan, kalau tipis susah nak keluarkan :p
Cara Buat Kulit Tart Shell Gebu Rangup
So jadi ke tidak? Tak jadilah namanya. Dah kembang semangkuk gitew, takde mood nak letak krim ke, coklat ke, buah-buah ke kan. Just ngap macam tu aje. Tapi habis dingap tau ;)
Cara Buat Kulit Tart Shell Gebu Rangup
Untuk buat kulit tart ni BW guna Resepi Asas Doh Biskut. Cuma pukul butter sekejap saja dan kurangkan kuantiti tepung. So, lebih rapuh. Next time kena beli acuan tart la pula yer.
Cara Buat Kulit Tart Shell Gebu Rangup
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Cara Buat Kulit Tart Shell Gebu Rangup

14 comments:

  1. Replies
    1. hehe ... ikut suka je kan. pastu dapatlah tart shell kembang semangkuk ;)

      Delete
    2. pakai loyang muffin kembang semangkuk je la kan ... kalau pakai loyang kek, kembang setaman la kot ;)

      Delete
  2. tak menjadi? tapi kalau rasanya sedap rupa beruk pun x pe :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tapi tak jadi kulit tart ... eh, rupa beruk ke rupa buruk? hehehe ';)

      Delete
  3. heehhe..xpe bw tu namanya kreatif n inovatif.. :)

    ReplyDelete
  4. baru nak pakai bekas muffin..
    takcuba tak tahu..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah ... kalau buat nipis, teliti dan saba jadi kot. ni buat nak cepat siap :)

      Delete
  5. Wahh...baru tau ni sis..rupanya loyang muffin boleh guna untuk buat kulit tart...diana selalu guna yang biasa orang guna...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya guna acuan tart tu la diana ... tapi tak ada kat rumah, bantai guna loyang muffin :)

      Delete
  6. aww gemoknya tart.. hehehe. sedap makan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn gemuk kembang semangkuk ... nasib tak penuh, kalau tak jadilah biskut muffin ;p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...