Tuesday, December 29

Mandi Di Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka

Salam ...

Ini cerita beberapa hari yang lepas. Kami bercuti ke Melaka. Aktivi pertama kami di Melaka adalah mandi di kolam air panas gadek, yang terletak di Alor Gajah.

Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka. Tempat Menarik Di Alor Gajah Melaka. Harga Tiket Kolam Air Panas Gadek Terkini. Tempat Best Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka
Pintu gerbang kolam air panas gadek.

Ini adalah kali kedua BW ke kolam air panas gadek. Kolam air panas gadek ni bukanlah tempat mandi-manda yang best pun. Tapi disebabkan cuti kali ni tak plan, kami decide datang kesini sebab dekat dengan tempat kami menginap.

Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka. Tempat Menarik Di Alor Gajah Melaka. Harga Tiket Kolam Air Panas Gadek Terkini. Tempat Best Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka
Belum masuk lagi dah excited ;)

Muka excited semuanya bila dengar nak mandi kolam, especially diorang bertiga ni. Sebab si baby tak paham lagi mandi kolam tu apa. Diorang ingat kolam mandi macam yang diorang selalu pergi agaknya tu yang excited. Padahal kolam air panas ;p

Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka. Tempat Menarik Di Alor Gajah Melaka. Harga Tiket Kolam Air Panas Gadek Terkini. Tempat Best Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka
Harga tiket kolam air panas gadek.

Harga tiket kolam mandi air panas gadek ni murah ajer. RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 kanak-kanak 6-12 tahun. Ada juga disediakan mandian wap steam & sauna dengan harga RM15.00 satu jam untuk dewasa dan RM10.00 satu jam untuk kanak-kanak. Tapi kami just mandi kolam panas sahaja.

Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka. Tempat Menarik Di Alor Gajah Melaka. Harga Tiket Kolam Air Panas Gadek Terkini. Tempat Best Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka
Kolam-kolam mini yang disediakan.

Untuk pengetahuan korang tahap kebersihan kolam mandi air panas gadek ni sama ajer dari dulu. Yang ado. Enam tahun yang lepas macam ni lah juga tahap kebersihannya, sikit pun tak upgrade. Yang upgrade sikit pun harga tiket ajer. Sabor je lah.

Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka. Tempat Menarik Di Alor Gajah Melaka. Harga Tiket Kolam Air Panas Gadek Terkini. Tempat Best Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka
Kolam besar pun ada, tapi lebih kotor berbanding yang lain.

Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka. Tempat Menarik Di Alor Gajah Melaka. Harga Tiket Kolam Air Panas Gadek Terkini. Tempat Best Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka
Kolam kecil pun tak bersih manalah. Boleh lah labu :p

Bagi BW lah kan, semua kolam pun tak berapa nak bersih. Kolam besar lagi lah nampak macam kotor ajer. So, kami pilihlah kolam mini yang airnya kurang panas sikit. Padahal sama jer kot, semua pun panas sebab kami datang tengah hari. Disebabkan dah datang mandi jer lah. Tapi tak mandi sangat pun, lebih kepada jirus badan dan rendam kaki ;)

Kolam air panas gadek ni bukan lah tempat kita nak bawa family bersantai-santai. Ianya lebih sesuai untuk mereka-mereka yang ada masalah kulit, kerana kandungan airnya yang berkhasiat untuk kulit. Harga tiket yang agak murah memang berbaloi lah untuk mereka-mereka yang ada masalah kulit kan.

Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka. Tempat Menarik Di Alor Gajah Melaka. Harga Tiket Kolam Air Panas Gadek Terkini. Tempat Best Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka
Banyak tempat duduk dan juga rumah rehat disediakan.

Yang best pasal kolam air panas gadek ni, banyak rumah rehat yang disediakan. Kami pun berehat sekejap lah bila semua dah kepanasan. Berehat sambil makan coklat M&M dan keropok Mr. Potato yang ada dijual di area kaunter tiket.

Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka. Tempat Menarik Di Alor Gajah Melaka. Harga Tiket Kolam Air Panas Gadek Terkini. Tempat Best Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka
Inilah kawasan air panas asal, airnya dipam dari sini tau.
Yang ni memang panas giler, kalau masukkan telur pun masak kot.

Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka. Tempat Menarik Di Alor Gajah Melaka. Harga Tiket Kolam Air Panas Gadek Terkini. Tempat Best Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka
Susahnya nak snap gambar si baby ni, moody sebab panas ;)

Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka. Tempat Menarik Di Alor Gajah Melaka. Harga Tiket Kolam Air Panas Gadek Terkini. Tempat Best Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka
Si babang still excited walaupun asyik menjerit kepanasan.

Time nak balik tu kami tanyalah, "Seronok tak mandi kolam panas?". "Seronok" jawab my dotter serentak. "Nak datang sini lagi tak?" Dua-dua pun jawab "Takkk Nakkk" Hahaha So, korang decide sendirilah seronok ke tidak :p

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

20 comments:

  1. balik melaka,tapi tak pernah sampai ke sini lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni boleh la cuba, better datang malam lah kot, tak lah panas bebeno :)

      Delete
  2. Replies
    1. kaki travel kan, mesti dah pernah sampai :)

      Delete
  3. Sepatutnya pihak kolam air panas jagala kebersihan sbb kita bayar untuk masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan ... tapi ramai yang datang malam kot, diorang tak perasan kolam tu kotor sikit, tu yang tak improve :)

      Delete
  4. datang melaka tak pernah smpai sini..follow blog sys jika sudi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni boleh lah singgah ... done follow G+ :)

      Delete
  5. sesekali dapat rendam kaki kat dalam air panas tu mesti best.. seharusnya pihak pengurusan kena tingkatkan tahap kebersihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best rendam kaki, nak rendam satu badan memang tak tahan panas... kannn patutnya diorang selalu bersihkan kolam tu :)

      Delete
  6. part harga tiket upgrade tu mmg x blh blah ... heheheee

    ReplyDelete
  7. Erm... x bahaya ke bwk mandi situ if x bersih?

    Takut juga skrg ni mcm2...
    Dgn kencing tikus nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dok pikir, air tu ada sulfur, so kuman mati lah kot. tu yang main rendam jer tu. :p

      actually, dalam kolam jer kotor sikit, persekitaran tu bersih, so tak ada tikus kot. lagipun tikus tahan air panas ke? hehe

      Delete
  8. Awat comei sgt jwpn ikhlas ur dotter...
    Hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak memang bagi jawapan ikhlas lah kan hahaha ;)

      Delete
  9. byk kolam air pns yg ni sy x jejak lg ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti dah banyak kolam air panas yang anies pergi ni kan :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...