Thursday, December 31

Resepi Tart Mini Coklat Strawberi Simple Sedap

Salam ...

Last time ada share resepi tart green tea, Klik Sini. Time buat tart green tea tu, ada buat extra kulit tart. Kulit tart macam biskut juga, tahan lama :)

Resepi Tart Mini Coklat Strawberi Simple Sedap. Cara Buat Kulit Tart Coklat Rangup. Kulit Tart Rangup Dengan Chocolate Filling Dan Buah Strawberi Stoberi Strawberry.
Tart Mini Coklat Strawberi
tart coklat strawberi sedap rangup
Untuk resepi kulit tart, Klik Sini. Resepi ni boleh menghasilkan lebih kurang 80-100 biji kulit tart bergantung kepada saiz acuan. Kulit tart yang telah dibakar haruslah disimpan dalam bekas kedap udara ataupun simpan didalam fridge bagi tahan lama dan kekal rangup.
tart coklat strawberi sedap rangup
Kalau malas nak buat kulit tart bolehlah beli yang ready made. Boleh beli di kedai bakeri ataupun boleh order online. So, jom buat tart coklat strawberi yang sangat simple dan sedap. Hanya perlukan kulit tart, strawberi, coklat dan susu.
tart coklat strawberi sedap rangup
Bahan-Bahan;

- 20 Pcs Kulit Tart Mini
- 10 Biji Strawberi (Potong Dua)
- 1/4 Bar Coklat Compound
- 1/2 Cawan Susu
- 1 Sudu Besar Butter

Cara-Cara;

1. Cairkan coklat secara double boiler.
2. Masukkan susu dan butter, kacau rata.
3. Tambah lagi coklat sekiranya adunan cair.
4. Tutup api bila adunan coklat dah pekat.
5. Susun kulit tart di dalam loyang.
6. Tuangkan adunan coklat didalamnya.
7. Masukkan kedalam fridge supaya coklat keras.
8. Keluarkan dan susun strawberi diatasnya.

Biasanya coklat compound dijual dalam saiz 1 kg. So, untuk resepi ni anggaran kuantiti coklat lebih kurang 250 gram lah. Kalau korang beli coklat masakan saiz 500 gram per bar tu masukkan separuh la yer. Tambahkan coklat lagi sekiranya korang rasa adunan coklat terlalu cair.
tart coklat strawberi sedap rangup
Resepi Tart Mini Coklat Strawberi Simple Sedap. Cara Buat Kulit Tart Coklat Rangup. Kulit Tart Rangup Dengan Chocolate Filling Dan Buah Strawberi Stoberi Strawberry.
Masukkan kulit tart dalam bekas dan simpan fridge untuk tahan lama.
Klik Sini untuk resepi penuh kulit tart rangup.

Resepi Tart Mini Coklat Strawberi Simple Sedap. Cara Buat Kulit Tart Coklat Rangup. Kulit Tart Rangup Dengan Chocolate Filling Dan Buah Strawberi Stoberi Strawberry.
Susun kulit tart didalam loyang dan tuang adunan coklat.
Masukkan dalam fridge supaya coklat menjadi sedikit keras.

Resepi Tart Mini Coklat Strawberi Simple Sedap. Cara Buat Kulit Tart Coklat Rangup. Kulit Tart Rangup Dengan Chocolate Filling Dan Buah Strawberi Stoberi Strawberry.
Susun potongan strawberi diatasnya. Yummy :)~

Resepi Tart Mini Coklat Strawberi Simple Sedap. Cara Buat Kulit Tart Coklat Rangup. Kulit Tart Rangup Dengan Chocolate Filling Dan Buah Strawberi Stoberi Strawberry.
Actually tak sempat keras pun coklat tu, anak-anak tak sabar nak makan ;)
tart coklat strawberi sedap rangup
Selamat Mencuba!
tart coklat strawberi sedap rangup
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
tart coklat strawberi sedap rangup

17 comments:

  1. sedap tu zie has.. ada strawberi lagi kat atasnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang match strawberry dengan coklat ... jemput tengok aiza :)

      Delete
  2. Hoiiiishhh terliur dah kami weih.

    Dh lh tgh lapar ni

    ReplyDelete
  3. Seriously nmpk sedap....

    Untong husband n anak2 bw kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak memang suka sangat dapat makan macam ni huda, tapi encik suami tak suka, so dia tak rasa beruntung pun hehe :p

      Delete
  4. so tempting.. lama dah xbuat tart.. stok kulit dh hbs.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama ke tak buat tart? rasa macam baru jer nampak tart cheese kat blog seera :)

      Delete
  5. cantiknye..rasa syg plak nak makan kalo macam tuhh... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau kita bila cantik rasa sayang nak makan kan, kalau anak-anak pula, bila cantik tak sabar diorang nak makan ;)

      Delete
  6. cantiknye..rasa syg plak nak makan kalo macam tuhh... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau kita bila cantik rasa sayang nak makan kan, kalau anak-anak pula, bila cantik tak sabar diorang nak makan ;)

      Delete
  7. sy x nk buat sy nk ngap free je hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak nak buat, boleh tunjuk ajer lah, tapi tu bukan ngap free namanya, ngap berbayar hehe :p

      Delete
  8. Kak Zie pakai susu apa tu untuk buat topping atas tart? susu sejat ke? susu full cream ? TQ kak for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ... boleh guna susu sejat, susu full cream, susu segar pun boleh ... jangan guna susu pekat manis sudah, berganda manis coklat tu nanti ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...