Sunday, January 10

Anyaman Tali Getah Pengikat Tangan Anak-Anak

Salam ...

Hari ni nak share pasal tali ikat tangan, ala-ala macam gari tu tau. Cuma menggunakan getah dan talinya dianyam panjang sedikit :)

Anyaman Getah Tali Ikat Tangan Si Anak. Anyaman Getah Kecil. Tali Getah Ikat Tangan Untuk Anak-Anak Yang Aktif.
Buat menggunakan getah kecil.

My dotter berdua tu tak reti diam kalau pergi hypermarket ataupun pusing mall. Diorang berdua akan main kejar-kejar dan sembunyi. Si adik tu, dua kali dah hampir-hampir hilang sebab bila dia main kejar-kejar, last-last dia follow orang lain yang disangka ibunya.

So, BW create lah tali ikat tangan ni. Mula-mula dulu guna tali beg tangan tau. Sekali guna sahaja diorang dah merungut sakit pergelangan tangan. Kali ni BW buat menggunakan getah kecil.

Anyaman Getah Tali Ikat Tangan Si Anak. Anyaman Getah Kecil. Tali Getah Ikat Tangan Untuk Anak-Anak Yang Aktif.
Anyam hingga jadi macam ni kay. Ni kira anyam ke? :p

Tali ikat tangan ni memang berkesan. Bila tangan si kakak dan si adik terikat, diorang tak boleh dah nak main kejar-kejar ke, nak main sorok-sorok ke kan. Sekarang ni, disebabkan tangan dah terikat diorang jalan seiring jer lah.

Walaupun jalan seiring, tapi mulut diorang bising, bergaduh ajer. "Jangan tariklah" katanya. Sorang tarik kiri, sorang tarik kanan. Bergaduh ajer tak kira kat rumah ke kat luar ke. Sabor ajer lah :p

Anyaman Getah Tali Ikat Tangan Si Anak. Anyaman Getah Kecil. Tali Getah Ikat Tangan Untuk Anak-Anak Yang Aktif.
Test dulu sesuai ke tidak dengan tangan maisng-masing :)

Nasib baiklah si boboi boy berdua tu duduk diam dalam stroller. Tapi kalau diorang dah besar nanti, agak-agaknya anak lelaki nak ke kena ikat macam ni yer? ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

12 comments:

  1. saya dah biasa dgn situasi tu . klu masuk giant , my anak buah buat mcm rumah sendiri . pastu kakak dok pi cari adik kat mana , adik kat mana ... hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ... kakak vee anak ramai kan? mesti pening dia :)

      Delete
  2. adoi nak tergelak baca, gegirl pun bukan main riuh no, Sue sbb 2 boys mmg la haru biru kalo keluar shopping, aduhai la anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gegirl memang riuh ... agaknya nanti kalau boboi berdua tu dah besar, haru biru macam sue juga lah:)

      Delete
  3. gegirl kalau bergaduh mulut mmg riuh..haru biru mengejor si kecik x nak duduk dlm troli kalau kua g shoopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, ikat jer si kecik dalam stroller macam yang kami buat, senang sikit hati nak bershopping ;)

      Delete
  4. bila anak semakin bertambah ini lah jadinya kan? patutlah kakak saya pun jarang nak ke hypermarket....anak dia pun hampir hilang...

    macam saya anak sorang pun letih nak kawal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... my brother pun tak bawa anak dia ke hypermarket time kecil-kecil, semuanya dia tinggal dirumah dengan maid ajer.

      anak sorang ok lagi arz moha. nanti dah ramai, memang pening dibuatnya :)

      Delete
  5. Errrr... mcm kna gari je rupa. Mcm buat salah. Ke mmg trend jln skrg mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang buat salah ni huda, biar nampak macam kena gari pun takpe, asal tak hilang dari pandangan ibu ayah :)

      trend sekarang ikat tali dekat backpack, tarik lah macam orang bela pet tu. tapi agak susah nak menarik dua orang, tu yang ikat macam gari ;)

      Delete
  6. Replies
    1. hehe bila dah risau takut anak hilang, memang timbul idea :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...