Saturday, January 23

Beza Isteri Dengan Girlfriend Dimata Suami

Salam ...

Hari ni nak share sikit cerita yang orang lain pun dok share. Cerita yang agak lawak tapi deep sangat kay. Perumpamaan beza antara isteri dan girlfriend di mata lelaki bergelar suami. Moh kita tengok apa kata si suami ;)

Beza Isteri Dengan Girlfriend Dimata Suami. Perumpamaan Lawak. Cerita Lawak. Isteri Ibarat TV, Kekasih Ibarat HP
Sekadar Hiasan

Isteri macam televisyen (TV), girlfriend macam handphone (HP).

Dirumah tengok TV, pergi keluar bawa HP. Kadang-kadang seronok tengok TV, tapi selalunya masa banyak habis main HP.

TV percuma sepanjang hayat, tapi HP kalau tak bayar servis line, talian akan ditamatkan serta merta.

TV saiznya besar dan berat  manakala HP cute, comel, ramping dan banyak butang boleh picit dan boleh dibawa ke mana-mana pada bila-bila masa saja. 

Kos penyelengaraan TV murah aje, lagipun jarang rosak, Tapi HP mahalnya maintainance, selalu meragam pula tu. 

HP bila kita bercakap dengan dia, dia jawab semula. TV asyik nak kita dengar je dia cakap. Tapi yang bagusnya TV ada remote control, tapi HP tak ada.

Cuma satu je kelebihan TV, tak ada virus. Tapi HP sekali kena virus habislah!

So, SAYANGILAH TV ANDA! TAK KIRA lah BERAPA INCI PUN TV ANDA!

Memang lawak lah. Memang kena sangat perumpamaan ni kan. Memang deep sangat lah. Thumps up kepada tukang karang cerita yang tidak diketahui identitinya.

Hopefully suami kita semua bukan jenis yang suka ada 'HP' lah kan. Memang parah ni. Memang tak bagus langsung lelaki spesis ni, bergelar suami tapi bukan setakat ada 'TV', ada juga 'HP', lagi bahaya virusnya dari virus 'HP', memang tak boleh nak di cleaning dengan anti-virus langsung :p

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

12 comments:

  1. Hehe.. Perumpamaan moden tapi ada betulnya...

    ReplyDelete
  2. Mummy tak tgk tv.. Mummy pakai projektor LED.. Hahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... projektor LED ke, LCD ke dikira TV gak lah mummy :p

      Delete
    2. tapi takpe ... mummy slim, sentiasa jadi TV 21" ;)

      Delete
  3. kreatif betul yg reka perumpamaan ni kan..

    ReplyDelete
  4. layan TV x best..layan Hp lg menarik ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi ... suka nampak ... jangan jadi hp kay JM hehehe :p

      Delete
  5. faham apa yg nk di sampaikan.. sayangilah TV a.k.a bini. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... dia kutuk TV dulu baru soh sayang TV tu :p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...