Wednesday, February 10

Resepi Kacang Merah Besar & Cara Buat Baked Beans

Salam ...

Sebelum ni dah pernah share bubur kacang merah, Klik Sini. Yang tu BW guna kacang merah kecil-kecil. Kali ni nak masak kacang merah yang besar dan panjang bentuknya tu. Kalau korang suka makan kacang merah dalam tin dan baked beans dalam tin tu, inilah kacangnya :)

Kacang merah my feveret :)~

Nak masak kacang merah saiz besar ni mestilah kena ada pressure cooker. Kecuali kalau korang jenis penyabar teramat, bolehlah guna periuk biasa. Teringat first time masak kacang merah ni guna periuk biasa sahaja. Lamanyalah nak masak, last sekali terlupa sampai hangit bahagian bawah jadinya :)

Bahan-Bahan;

- Kacang Merah
- Gula Pasir
- Daun Pandan
- Air Secukupnya

Cara-Cara;

1. Basuh kacang merah hingga bersih dan rendam semalaman.
2. Masukkan kacang merah kedalam pressure cooker.
3. Masukkan daun pandan dan gula, tutup rapat.
4. Masak selama 30-40 minit.
5. Biarkan sejuk baru hidang.

Mesti guna pressure cooker kay. Kalau tak berjanggutlah nak tunggu masak :)

Sirap bandung kacang merah feveret semua :)

Sirap bandung kacang merah memang feveret semua kat rumah. BW dan encik suami suka, anak-anak lagilah suka. Masukkan ais, kacang merah dan air bancuhan sirap bandung. Nyum~

Untuk buat baked beans pula senang ajer. Hanya gunakan kacang merah yang telah direbus tadi. So, mudah ajer lah stepnya, hanya masukkan sos tomato.

Bahan-Bahan;

- 1 Cawan Kacang Merah
- 3 Susu Besar Sos Tomato
- 3 Sudu Besar Air

Cara-Cara;

1. Masukkan semua bahan kedalam kuali.
2. Kacau rata dan masak hingga kuah mendidih.
3. Tutup api dan masukkan kedalam balang.
4. Masukkan kedalam fridge semalaman.

Baked beans yang dah ready untuk diperap semalaman.

Selain minum dengan sirap bandung sedap juga di buat ais kacang, Klik Sini dan cendol, Klik Sini. Makan begitu sahaja pun sodap :)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

20 comments:

  1. BWwwwwwwww....

    Rindunya nk buat onar kt sini...
    hu hu hu... dh 3 mgu ada mslh blog...

    Hanya blh up entry baru n can READ ONLY blog orang lain ...
    tak boleh komen langsung. Samada kt blog org or blog sendiri...
    huhuhu...

    Blog kena serangan keganasan dari saka antu juOn kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish virus apa tu huda? seb baik lah blog ni tak kena.

      kalau virus antu juon parah ni :p

      Delete
  2. Kita try bnyk kali komen kt blog bw...
    hampeh... satu pun tak up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya sepi jer huda ... ingatkan busy. huda kan busy woman :)

      Delete
  3. Alhamdulillah dah ok ni...

    Nnt naaa... siap sedia... kita nk seranggggg

    ReplyDelete
  4. Errrr btw... kita x suka red bean...
    ha ha... tp air pink tu kita suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus lah tak suka read bean ... tak banyak buang angin :p

      Delete
  5. Eerr btw lg... kita hy jumpa red bean dlm tin je... hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang biasa jumpa yang tin jer kan ... red bean yang belum masak ni, mak mak jer yang tahu kat mana. hehe :p

      Delete
  6. Hambekkkk... ni mmg lps gian nk komen kt blog org ni...

    Ha ha ha

    ReplyDelete
  7. Kacang merah sue x suka. Kalo dlm ais kacang sue x mkn..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sue pun sama dengan huda lah tak suka kacang merah :)

      Delete
  8. hahaha.. memang sedap kacang merah ni cuma yg besar gedabak tak penah mkn lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan kacang merah ... yang besar gedabak ni pun sedap juga nina :)

      Delete
    2. yelahh kecuali saiz rasa lebih kurang kot :)

      Delete
    3. rasa lebih kurang jer lah kan :)

      Delete
  9. Ya ALLAH nmpk sedap air bandung kacang merah tu. Suka tngok blog sis.. Banyak resepi dikongsikan, rasa dekat dgn jiwa kewanitaan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. air bandung kacang merah mesti ramai yang suka kan :)

      tq sabrina ... eh, dekat dengan jiwa kewanitaan ke dekat dengan selera kewanitaan? hehe ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...