Kepada penggemar sushi, moh kita buat sushi dirumah. Buat sushi simple ajer, inti crab stick dan mayo. Buat sendiri lebih jimat dan gerenti halal, sebab kita sendiri yang cari bahan-bahannya :)
Sushi simple dengan inti crab stick dan di roll dengan telur dadar :)~ |
Actually ni kali kedua BW buat sushi. Belum expert lagi lah. Buluh nak menggulung sushi pun tak ada lagi, so sushi yang terhasil tak padat dan sedikit berkecai bila dipotong :p
BW gunakan kepingan seaweed brand big bang. Seaweed big bang ni product Thailand, so ada halal Thai lah. Kali pertama buat guna, seaweed perisa original, kali kedua guna seaweed perisa sotong. Guna yang original lebih better sebab kepingannya tak terlalu rangup dan mudah untuk dipotong.
Untuk beras sushi pula, BW gunakan beras sushi brand sumo. Selain brand sumo ada juga brand jasmine. Tapi disebabkan brand sumo ni macam laris jer, stock pun tinggal sikit, BW pun belilah brand sumo. Next time nak cuba brand jasmine pula kot.
Mana nak beli beras sushi dan seaweed halal ni? Kepada sesiapa yang masih tercari-cari, boleh cari ajer di hypermarket. Satu pack seaweed big bang RM9. Manakala beras sushi pula RM10 sekilo. Untuk sekilo beras sushi, BW boleh masak dua kali.
Kepingan seaweed brand big bang dan beras sushi brand sumo. |
Tak ada apa sangat resepi yang nak di share sebenarnya. Cuma dari segi penyedian nasi sushi tu. Kalau ikut instruction pada pack beras, recommended masukkan wine kedalamnya. Tapi BW gantikan dengan cuka. So, dari segi rasa nasi sushi, memang tak samalah macam di sushi king tu. Tapi kalau compare dengan sushi di jusco, iras-iras la kot ;p
Bahan-Bahan (Nasi);
- 2 Cawan Beras
- 4 Cawan Air
- 2 Sudu Cuka
- Sedikit Garam
Bahan Tambahan;
- Kepingan Seaweed
- Kepingan Telur Dadar
- Crab Stick
- Mayonnaise
Cara-Cara;
1. Basuh beras sushi terlebih dahulu, basuh sekali ajer tau.
2. Masukkan beras dan semua bahan kemudian kacau rata.
3. On rice cooker dan biarkannya masak sendiri.
4. Bila dah masak, biarkannya menyejuk dalam 10 minit.
5. Letakkan kepingan seaweed/ telur dadar diatas plastik/ buluh.
6. Ambil nasi sushi dan tekan diatas kepingan seaweed tadi.
7. Picit mayo dan susun crab stick diatas nasi sushi.
8. Gulungkannya hingga padat dan potong.
Letakkan nasi sushi diatas keingan seaweed, picit mayo dan susun crab stick. |
Sushi dengan kepingan seaweed dan telur dadar. |
My dotter yang second tu dia tak suka makan seaweed. So, BW gulung dengan telur dadar untuk dia dan dua orang lagi adiknya. Manakala untuk diri sendiri, encik suami dan si kakak, sudah semestinya sushi yang dibalut dengan seaweed, barulah sushi kan ;)
Nasi sushi goreng. Agaknya ada jual tak di restoran yer :p |
Lebihan nasi sushi jangan dibuang kay. Simpan dalam fridge. Bila lapar nanti, buat nasi sushi goreng. Masukkan nasi sushi, hirisan crab stick, hirisan telur dadar dan hirisan seaweed kedalam pan yang tidak melekat. Gaul sebati kesemuanya. Sedap dimakan ketika panas tau nasi goreng sushi ni. Berebut boboi berdua tu nakkan nasi goreng sushi ni :)
Selamat Mencuba!
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
bagus entri ni...nanti saya nak cuba la....lokmanamirul.blogspot.com
ReplyDeletecuba jangan tak cuba :)
Deletemudah kan...
ReplyDeletemudah kalau buat ala kadar ... kalau nak buat cantik, macam susah juga :)
Deletemacam-macam anda panda masak
ReplyDeletesushi ni brother MKL pun boleh buat, masak nasi dan gulung ajer :)
DeleteBuat sendiri lagi puas hati, ikut suka nak makan banyak mana:)
ReplyDeletebetul tu sue ... makan sampai kenyang :)
DeleteBuat peminat sushi seronoklah baca entri ni kan.
ReplyDeleteARz banyak kali cuba makan sushi. Tapi tak boleh masuk. Tak tahu kenapa
my kakak pun cakap tak masuk dengan tekak dia sushi ni :)
DeleteMenarik. Saya tak suka yang unagi tu je.. yang lain setakat ni boleh telan lagi.. hehe
ReplyDeletesamalah ... saya pun tak suka yang unagi dan semua yang ada seafood mentah, suka yang inti simple-simple ajer :)
Deletehee.kita x makan sushi tapi suka tengok bentuk makanan dia yg 'wrapped' macam corak2 n colorful
ReplyDeletecantik jer kan sushi yang kat kedai tu, macam-macam color dan bentuk :)
Deleteooo macam ni nak buat sushi ...
ReplyDeletebaru tau ...
huda baru tahu? ni mesti huda busy ni tak layan rancangan masakan kat TV :)
Deletegood job lah BW.. menjadi juga utk makan2 kt rumah. dh lama tak makan sushi king. teringin la pulak
ReplyDeleteboleh lah kan, makan sendiri jer ni ... kalau jual memang tak laku ;)
Deleteheheh.. jimat2. terjamin bersih dan halal :)
Deleteyezze ... jimat + bersih + halal ;)
DeleteHye awk . Sy da cube resepi rice roll awk ngn seaweed . Cume nak tanye , seaweed tu kepingan keras kan ? Atau ade yg lembut punye ? Atau ade cara utk lembutkan seaweed yg keras ? Sbb sy beli yg kepingan keras , sy lembutkan ngn air , bile da gulung , susah nak potong . Habis sume berterabur . Huhu .
ReplyDeletehai ... memang seaweed tu keras sebab seaweed tu jenis makan macam tu jer sebenarnya. tapi tu jer seaweed yang ada logo halal yang saya jumpa. seaweed tu kalau stok baru memang keras, kalau dah masuk angin, jadi lembut sikit.
Deletetapi tak perlu rendam air. letak nasi yang panas, kalau boleh letak sekeliling, biarkan sekejap nanti seaweed tu jadi lembutlah sikit. so senang sikit nak gulung. cuma nak potong still susah juga ;)
Hi! Nak cuba la resepi awk ny.. Hee�� tapi awak buat pakai beras apa ea??
ReplyDeletecubalah ... saya guna beras brand sumo :)
Deletehyee, beras sushi nak beli kat mana yaa?
ReplyDeletebeli kat hypermarket ... saya beli beras sushi tu kat jaya grocer. hypermarket lain pun ada juga kot. seaweed halal thai tu pula beli kat mydin :)
DeleteCrab stick tu goreng ke or rebus ?
ReplyDeleterebus boleh goreng pun boleh ... better rebus sihat sikit. rebus sekejap sahaja tau jangan sampai kembang overdose, nanti lembik :)
Deletehi nak tanya,saya guna seeweed yg mmg khas untuk sushi tu, jenis tu sedap tak eh sbb cari big bang tak jumpa:(
ReplyDeleteHai nak tnya bukn ka seaweed big bang tu cepat hancur bila kita nak wrap shushi sbb dia agak rapuh.. mcm mna sis wrap guna seaweed tu ya..?
ReplyDeleteMaaf tanya guna seaweed big bang nii macm mana ye ia tak hancur ke sebab biasa makan je dah hncur atau ada kena letak apa2
ReplyDelete