Thursday, February 25

Resepi Sushi. Buat Sushi Dirumah. Jimat Dan Halal

Salam ...

Kepada penggemar sushi, moh kita buat sushi dirumah. Buat sushi simple ajer, inti crab stick dan mayo. Buat sendiri lebih jimat dan gerenti halal, sebab kita sendiri yang cari bahan-bahannya :)

Resepi Sushi. Buat Sushi Dirumah. Jimat Dan Halal. Cara Buat Sushi Mudah Senang. Sushi Sedap Dan Halal. Cara Gulung Sushi Simple. Seaweed Halal Mana Nak Beli?
Sushi simple dengan inti crab stick dan di roll dengan telur dadar :)~

Actually ni kali kedua BW buat sushi. Belum expert lagi lah. Buluh nak menggulung sushi pun tak ada lagi, so sushi yang terhasil tak padat dan sedikit berkecai bila dipotong :p

BW gunakan kepingan seaweed brand big bang. Seaweed big bang ni product Thailand, so ada halal Thai lah. Kali pertama buat guna, seaweed perisa original, kali kedua guna seaweed perisa sotong. Guna yang original lebih better sebab kepingannya tak terlalu rangup dan mudah untuk dipotong.

Untuk beras sushi pula, BW gunakan beras sushi brand sumo. Selain brand sumo ada juga brand jasmine. Tapi disebabkan brand sumo ni macam laris jer, stock pun tinggal sikit, BW pun belilah brand sumo. Next time nak cuba brand jasmine pula kot.

Mana nak beli beras sushi dan seaweed halal ni? Kepada sesiapa yang masih tercari-cari, boleh cari ajer di hypermarket. Satu pack seaweed big bang RM9. Manakala beras sushi pula RM10 sekilo. Untuk sekilo beras sushi, BW boleh masak dua kali.

Resepi Sushi. Buat Sushi Dirumah. Jimat Dan Halal. Cara Buat Sushi Mudah Senang. Sushi Sedap Dan Halal. Cara Gulung Sushi Simple. Seaweed Halal Mana Nak Beli?
Kepingan seaweed brand big bang dan beras sushi brand sumo.

Tak ada apa sangat resepi yang nak di share sebenarnya. Cuma dari segi penyedian nasi sushi tu. Kalau ikut instruction pada pack beras, recommended masukkan wine kedalamnya. Tapi BW gantikan dengan cuka. So, dari segi rasa nasi sushi, memang tak samalah macam di sushi king tu. Tapi kalau compare dengan sushi di jusco, iras-iras la kot ;p

Bahan-Bahan (Nasi);

- 2 Cawan Beras
- 4 Cawan Air
- 2 Sudu Cuka
- Sedikit Garam

Bahan Tambahan;

- Kepingan Seaweed
- Kepingan Telur Dadar
- Crab Stick
- Mayonnaise

Cara-Cara;

1. Basuh beras sushi terlebih dahulu, basuh sekali ajer tau.
2. Masukkan beras dan semua bahan kemudian kacau rata.
3. On rice cooker dan biarkannya masak sendiri.
4. Bila dah masak, biarkannya menyejuk dalam 10 minit.
5. Letakkan kepingan seaweed/ telur dadar diatas plastik/ buluh.
6. Ambil nasi sushi dan tekan diatas kepingan seaweed tadi.
7. Picit mayo dan susun crab stick diatas nasi sushi.
8. Gulungkannya hingga padat dan potong.

Resepi Sushi. Buat Sushi Dirumah. Jimat Dan Halal. Cara Buat Sushi Mudah Senang. Sushi Sedap Dan Halal. Cara Gulung Sushi Simple. Seaweed Halal Mana Nak Beli?
Letakkan nasi sushi diatas keingan seaweed, picit mayo dan susun crab stick.

Resepi Sushi. Buat Sushi Dirumah. Jimat Dan Halal. Cara Buat Sushi Mudah Senang. Sushi Sedap Dan Halal. Cara Gulung Sushi Simple. Seaweed Halal Mana Nak Beli?
Sushi dengan kepingan seaweed dan telur dadar.

My dotter yang second tu dia tak suka makan seaweed. So, BW gulung dengan telur dadar untuk dia dan dua orang lagi adiknya. Manakala untuk diri sendiri, encik suami dan si kakak, sudah semestinya sushi yang dibalut dengan seaweed, barulah sushi kan ;)

Resepi Sushi. Buat Sushi Dirumah. Jimat Dan Halal. Cara Buat Sushi Mudah Senang. Sushi Sedap Dan Halal. Cara Gulung Sushi Simple. Seaweed Halal Mana Nak Beli?
Nasi sushi goreng. Agaknya ada jual tak di restoran yer :p

Lebihan nasi sushi jangan dibuang kay. Simpan dalam fridge. Bila lapar nanti, buat nasi sushi goreng. Masukkan nasi sushi, hirisan crab stick, hirisan telur dadar dan hirisan seaweed kedalam pan yang tidak melekat. Gaul sebati kesemuanya. Sedap dimakan ketika panas tau nasi goreng sushi ni. Berebut boboi berdua tu nakkan nasi goreng sushi ni :)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

31 comments:

  1. bagus entri ni...nanti saya nak cuba la....lokmanamirul.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mudah kalau buat ala kadar ... kalau nak buat cantik, macam susah juga :)

      Delete
  3. Replies
    1. sushi ni brother MKL pun boleh buat, masak nasi dan gulung ajer :)

      Delete
  4. Buat sendiri lagi puas hati, ikut suka nak makan banyak mana:)

    ReplyDelete
  5. Buat peminat sushi seronoklah baca entri ni kan.


    ARz banyak kali cuba makan sushi. Tapi tak boleh masuk. Tak tahu kenapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. my kakak pun cakap tak masuk dengan tekak dia sushi ni :)

      Delete
  6. Menarik. Saya tak suka yang unagi tu je.. yang lain setakat ni boleh telan lagi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ... saya pun tak suka yang unagi dan semua yang ada seafood mentah, suka yang inti simple-simple ajer :)

      Delete
  7. hee.kita x makan sushi tapi suka tengok bentuk makanan dia yg 'wrapped' macam corak2 n colorful

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik jer kan sushi yang kat kedai tu, macam-macam color dan bentuk :)

      Delete
  8. ooo macam ni nak buat sushi ...

    baru tau ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huda baru tahu? ni mesti huda busy ni tak layan rancangan masakan kat TV :)

      Delete
  9. good job lah BW.. menjadi juga utk makan2 kt rumah. dh lama tak makan sushi king. teringin la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah kan, makan sendiri jer ni ... kalau jual memang tak laku ;)

      Delete
    2. heheh.. jimat2. terjamin bersih dan halal :)

      Delete
    3. yezze ... jimat + bersih + halal ;)

      Delete
  10. Hye awk . Sy da cube resepi rice roll awk ngn seaweed . Cume nak tanye , seaweed tu kepingan keras kan ? Atau ade yg lembut punye ? Atau ade cara utk lembutkan seaweed yg keras ? Sbb sy beli yg kepingan keras , sy lembutkan ngn air , bile da gulung , susah nak potong . Habis sume berterabur . Huhu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ... memang seaweed tu keras sebab seaweed tu jenis makan macam tu jer sebenarnya. tapi tu jer seaweed yang ada logo halal yang saya jumpa. seaweed tu kalau stok baru memang keras, kalau dah masuk angin, jadi lembut sikit.

      tapi tak perlu rendam air. letak nasi yang panas, kalau boleh letak sekeliling, biarkan sekejap nanti seaweed tu jadi lembutlah sikit. so senang sikit nak gulung. cuma nak potong still susah juga ;)

      Delete
  11. Hi! Nak cuba la resepi awk ny.. Hee�� tapi awak buat pakai beras apa ea??

    ReplyDelete
  12. hyee, beras sushi nak beli kat mana yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat hypermarket ... saya beli beras sushi tu kat jaya grocer. hypermarket lain pun ada juga kot. seaweed halal thai tu pula beli kat mydin :)

      Delete
  13. Crab stick tu goreng ke or rebus ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rebus boleh goreng pun boleh ... better rebus sihat sikit. rebus sekejap sahaja tau jangan sampai kembang overdose, nanti lembik :)

      Delete
  14. hi nak tanya,saya guna seeweed yg mmg khas untuk sushi tu, jenis tu sedap tak eh sbb cari big bang tak jumpa:(

    ReplyDelete
  15. Hai nak tnya bukn ka seaweed big bang tu cepat hancur bila kita nak wrap shushi sbb dia agak rapuh.. mcm mna sis wrap guna seaweed tu ya..?

    ReplyDelete
  16. Maaf tanya guna seaweed big bang nii macm mana ye ia tak hancur ke sebab biasa makan je dah hncur atau ada kena letak apa2

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...