Monday, October 21

Tempat Makan Best : Nasi Arab Best Cyberjaya. Saba VS Sana'a VS Mr Kabab

Selamat Pagi ...  (Malam tadi nyer entri tapi baru publish :)


Dah 12.30am dah pun tapi mata tak boleh nak lelap pulak. So apa lagi... moh kite berbelogging :)

Entry kali ni nak review pasal nasi arab area cyberjaya. So far, area cyber ni BW pernah pergi 3 restoran je Saba , Sana'a dgn Mr Kabab & Briyani. Saba dah pergi 5 kali & Sana'a dah pergi dua kali dah. Mr Kabab baru pergi sekali je.

BTW, BW sebelum ni tak la plan nak jadi blogger food review (blogger la sgt :p) so takde la nak tangkap gambar makanan bagai. Kalau ada pun tangkap gambar family seronok-seronok je time tunggu makanan sampai.Yang ada gambar Mr Kabab & Briyani, yo la baru je pergi kan, tu pun tangkap guna henpon je.



Kat Saba ... antara menu yang pernah di cuba bila dah 5 kali datang ni, mandi chicken, kabsah chicken, hanith chicken, chicken shawerma sandwich, mulawah bread, lamb soup (Hubby la, BW tak minat lamb), Hanith Lamb, Mandi Lamb dan daging dincincang halus masak pedas pastu makan ngan roti arab (lupa namanya). BW punya air wajib ofcoz la barbican ngan vimto, vimto memang terbaik ;)

Nasi kat saba ni rasanya memang sedap kay. Mesti cuba. Shawerma sandwich biasa je. Mulawah bread tu tak sedap hahaha slumber je kate tak sedap :p, rasa cam roti canai takde minyak cecah ngan madu. Ayam mandi die memang superb. Kambing dia ada bau sikit la, sikit je, boleh la telan kalau tak minat kambing ni. Danging cincang pedas sangat sedap kay. Must try! Kat sini ada disediakan dhal free rasa malaysia :p Restoran selesa dan bersih tapi servis slow giler especially time ramai customer, hantar makanan salah, fruit juice pun dicampur ngan air bukan 100% juice. Dari segi harga pula, main dish harga murah sbb ada set large, air mahal sikit. Pastu ada tax 6% & service charge 10% lagi.


Kat Sana'a pulak pernah try mandi chicken, roasted chicken, hanith chicken, kabsah chicken. Nasi kat sini memang sedap. Semua set nasi dihidang dengan sup kosong ngan tomato blend. First time datang, Sana'a ni baru buka rasanya (air cond pun belum ada lagi), time tu portion ayam untuk seorang sangat la besar, letih nak perabis :) Second time datang, size ayam jadi saiz standard je. Paling sedap kat tekak BW ialah roasted chicken. Must try! Tak pernah try lamb lagi kat sini. Kebersihan ngan environment tu ok-ok je. Service pun ok-ok je. Dari  segi harga main dish ok, tp air mahal sikit.


Mr Kabab & Briyani ni actually Pakistani nya restoran. So main dish dia ofcoz la nasi beriyani. Tapi kami tak order pun nasi beriyani :p Jom baca artikel penuh and usha gambar menu Mr Kabab >> Klik Sini.


Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt...
    Sis, tq for visiting....hahahaha... saya suka jer makan kat saba'. time kita g kambing dia dah mandi kot...takder bau pun... hehehehe....sister, jom join ne... http://statisticsrun.wix.com/statisticsrun2013

    hadiah dia best2...weih... suh ar en.suami or rakan2 sis ker... hadiah dia lumayan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... Thanks info tu. Memang menarik hadiahnyer :) Nanti BW inform husband join. Sendiri nak join susah, nak kena jaga baby :)

      Delete
  2. Replies
    1. Try la... Saba' paling famous rasanya kat cyber

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...