Friday, October 25

Senarai Indoor Playground @ KL, Selangor Terkini

Salam Jumaat ....


Kali ni nak review pasal indoor playground. Trend ibu zaman moden ni, hantar anak pergi indoor playground, bapanya / maid yang jaga, so si ibu boleh la shopping sepuas-puas nya. Rasanya semua shopping complex dah ada indoor playground. So, kali ni BW nak senaraikan indoor playground yang terdapat di area KL, Selangor ni. Tapi yang ni sesuai untuk kanak-kanak sampai 9 tahun sahaja. Actually management akan state bawah 12 tahun, tapi kalau yang umur 10, 11, 12 ni masuk, confirm diorang akan cakap "tak best pun, budak kecil punya" (macam my nieces :)

Indoor Playground @ Masjid Tuanku Mizan

Senarai Indoor Playground Free

1. Semua Pasaraya Besar Giant
( Yang ni siap ada mainan elektrik yang gerak-gerak tu, apa ke namanya ntah, kalau kat tempat lain kena masuk duit tapi kat indoor playground giant, free aje)

2. Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.
(Senang untuk ibubapa join aktiviti yang masjid anjurkan. Untuk full review, Klik Sini)

Senarai Indoor Playground Berbayar

1. Yukids Island, One Utama, Damansara Utama
(Official Web: http://www.singkids.com.sg/my/. Baru je pergi, nanti BW upload gambar yer)

2.Reka Zone, IOI Mall, Puchong
(Official Web: http://www.rekazone.com/. Yang ni la my nieces cakap "tak best pun, budak kecil punya")
 
3. Kidzania, The Curve, Mutiara Damansara
(Official Web: http://www.kidzania.com.my/)

4. Kid Paradise, The Mines, Seri Kembangan
(Official Web: http://www.kidzparadise.com.my/)

5.  Kid's E World, Ikano Power Centre & The Gardens Mall
(Official Web: http://www.kidseworld.com.my/)

6. J-Kids, The Curve, Tropicana City, Paradigm Mall & Publika
(Official Web: http://my-jkids.com)

7. Indoor Playground dalam i-City, Shah Alam
(Baru je buka, sebelah bangunan reptilia tu. Official webnya tak ada la)

8. Jungle Gym, Bangsar Shopping Centre
(Official Web: http://www.owg.com.my/jungle.html)

9. KizSport & Gym, Desa Park City & Bangsar Village
(Official Web: http://www.kizsports.com/)

Indoor Playground ni berbayar hanya kepada kanak-kanak 1-12 tahun. Penjaga free. Masuk kena pakai stokin, penjaga pun tau. Harga antara RM15-RM40. Purata harga RM25. Kita sebagai ibu bapa akan rasa isk macam rugi pula bayar RM25 bila masuk tengok kecil je indoor playground ni. Saiz keluasan tu macam 2-3 lot kedai je. Memang rasa tak berbaloi. Tapi anak-anak ni boleh main 2-3 jam tau, tu pun still tak nak balik lagi. Bila kita tengok betapa excited & puasnya anak-anak kita bermain, baru la kita rasa berbaloi juga bayar ni :)


Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

7 comments:

  1. nice info BW.. blom pnh bawa anak lg, sebab 10 months.. blom brjln,, baru meniti niti.. :)

    ReplyDelete
  2. honestly.. L prefer bring anak dan hubby folo me shoppink.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezze BW pun prefer bawa baby gi shopping. Sekali sekala je ni, tu pun BW yang tunggu :) Baby L baru 10mos, tunggu dia 3 years baru excited main sampai 2 jam ;)

      Delete
  3. Nak follow tapi x jumpa butang follow. Notify me nnt sy follow. Sorry dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mizz Tiera, memang tade button follow tu, BW guna Google+ je :)

      Delete
  4. x dapat nk merasa lagi perasaan tu sbb x kahwin lagi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi peneman anak buah pun boleh ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...