Showing posts with label Indoor Playground. Show all posts
Showing posts with label Indoor Playground. Show all posts

Friday, May 29

Play Area / Mini Playground Simple Untuk Anak-Anak

Salam ...

Sembang kosong untuk kali ini. Last time dah cerita let go slide, just tinggal buai, Klik Sini. Lepas tu beli playhouse ingatkan cute tapi besar beno, let go lagi, just tinggal play tent, Klik Sini. Kali ni nak buat play area simple :)
mini slide mini playground dirumah
Indoor playground simple dirumah. Ruang permainan dirumah. Mini Slide, Mini Playground, Mini Swing for home.
 Play area baru dekat ruang tamu :)
mini slide mini playground dirumah

Friday, April 10

Playhouse @ Home. Tiga Bulan Sahaja Dirumah.

Salam ...

Dulu pernah cerita pasal beli playground, setelah 4 tahun, BW lelong sebab semak rumah, Klik Sini untuk Playground @ Home Bila dah lama sikit, bila tengok anak-anak macam bosan je kat rumah, BW beli pula playhouse. Playhouse ni beli secondhand. Walaupun secondhand tapi mahal la juga. Demi anak :p

Fisher price princess playhouse, my dotter dua orang tu suka sangat ni ;)

Sunday, March 29

Hotel Best di Johor : Main Lego Sepuas Hati @ Legoland Hotel

Salam ...

Last time dah review pasal Kingdom Theme Suite @ Legoland Hotel, Klik Sini. Untuk penghuni hotel, Legoland ada sediakan tempat untuk bermain lego sepuas hati. Banyak lego disediakan, ada yang kecil, sederhana dan besar.

 Si adik selfie dulu dengan hero-hero lego sebelum main lego :)

Saturday, May 3

Bergembira di KFC Fun Land, KLIA, Sepang

Salam Sabtu ...

Mesti semua keluar hari ni. Tapi kami dok rumah aja, perut besar dah ni tak larat nak jalan selalu. Last time dah story pasal Bermain Pasir di Tanjung Bidara, Melaka. Just visit my brother sebelum dia ke Sudan, datang sabtu, balik ahad.

Isnin tu pergi KLIA pula, si kakak kata "Nak hantar pakcik naik kapal terbang" Tapi sudahnya, bukan dia yang teman pakcik, pakcik lak yang teman dia main playground. Actually ni first time bawa anak-anak gi KLIA, excited diorang. BW pun ni baru kali ke tiga, hehe. Cam takde hal kan sesaja nak datang. Kalau setakat LCCT tu banyak kali la :)

 KFC Fun Land @ KLIA, agak besar ruangnya.

Sunday, April 20

Playground @ Home. Hanya Tinggal Kenangan

Wordless Sunday ...

Bila anak-anak asyik nak ajak gi taman, teringat playground yang BW dah lelong tu. Lima tahun guna, pastu lelong sebab macam menyemak rumah ajer. Skang bila anak asyik nak main playground, rasa nyesal lak lelong, dah la beli mahal kan. Nak beli baru, takut nanti ada rasa menyemak ruang lagi :p

Activity Climber Slide Brand Lerado. Hanya Tinggal Kenangan.

Saturday, October 26

Indoor Playground @ Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya

Sambungan entri semalam :)

Ni nak cerita pasal indoor playground dekat Masjid Tuanku Mizan Putrajaya. Agak banyak juga playground yang ada. Normally kalau kat tadika ke klinik ke ada satu je mainan kan? Kat masjid ni ada 3 playground yang besar, 1 playhouse, 4 trio rocker dan 2 meja kanak-kanak tau. Siap ada pagar warna warni dan carpet foam tu. Baru tahun ni ada playground ni, sebelum ni ada 1slide je. Secara tak langsung, ianya mengajak ramai ibu bapa mengimarahkan masjid. Ye la kan, ianya memudahkan ibubapa nak join aktiviti di masjid. Kalau anak yang dah besar tu tinggal je kat playground ni :)

BW just tempek few gambar yer ...

Friday, October 25

Senarai Indoor Playground @ KL, Selangor Terkini

Salam Jumaat ....


Kali ni nak review pasal indoor playground. Trend ibu zaman moden ni, hantar anak pergi indoor playground, bapanya / maid yang jaga, so si ibu boleh la shopping sepuas-puas nya. Rasanya semua shopping complex dah ada indoor playground. So, kali ni BW nak senaraikan indoor playground yang terdapat di area KL, Selangor ni. Tapi yang ni sesuai untuk kanak-kanak sampai 9 tahun sahaja. Actually management akan state bawah 12 tahun, tapi kalau yang umur 10, 11, 12 ni masuk, confirm diorang akan cakap "tak best pun, budak kecil punya" (macam my nieces :)

Indoor Playground @ Masjid Tuanku Mizan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...