Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Monday, February 3

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Menimba Ilmu Di Petrosains, KLCC

Selamat Malam ...

Last entri cerita pasal "Ronda-Ronda di Petronas Twin Tower". Lepas penat ronda-ronda tu kami makan-makan dulu kasi tambah energy. Lepas tu kami menimba ilmu di Petrosains pula. Menimba ilmu la sangat :p Main je lebih.

Takda apa yang berubah Petrosains ni dari 15 tahun yang lepas, macam tu la juga. Cuma ada beberapa alat yang ditambah dan beberapa alat yang dah tak ada. Actually dari sekolah menengah, ni kali ke-5 dah masuk Petrosains ni. Pergi dengan anak-anak buah 3 kali. Pergi dengan membe sekali, sebab dapat tiket murah bila guna kad UTP ;p Kali ni pergi dengan anak sendiri pula yer.

Harga tiket Petrosains ni agak murah. Banyak sangat yang ada dalam tu, memang berbaloi-baloi dengan harga tiket tu. Klik sini untuk harga tiket terkini Petrosains >> Petrosains

 Memang diorang berdua je yang terlebih excited dan suka posing, adik-adik kecik lagi tak berapa nak excited :p

Saturday, February 1

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Ronda-Ronda Di Petronas Twin Tower, KLCC

Selamat Petang ...

Kali ni nak review pasal Petronas Twin Tower. Banyak kali dah kan gi KLCC. Tapi baru kali ni naik twin tower tu. Selama ni jalan-jalan window shopping dan pergi kids swimming pool tu je.

Pergi Petronas Twin Tower dengan my brother and family. Si ayah ada kerja, so tak ikut. Macam biasa la, kalau BW pergi dengan my brother, of course la sponsor kan. Ni yang best jadi anak bongsu ni :p ahaks. Lagipun my brother engineer oil and gas, biarlah dia belanja kan, wee ;)

Nak tahu harga tiket terkini Petronas Twin Tower, KLCC check sini kay >> www.petronastwintowers.com.my

 Ni model twin tower, ni sebelum naik, tak kena bayo lagi yer :p

Tuesday, December 24

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Zoo KL @ Zoo Negara, Taman Melawati

Salam Semua ...

Dah beberapa hari BW tak update blog, dah bersawang rasanya :) Busy layan family datang dari johor, bukan layan apa pun, follow pergi jalan-jalan jer :p

Sebab my dotter suka sangat pergi zoo. Kali ni entri zoo lagi. Ituhari entri Jalan-Jalan Zoo Taiping. Bosan tak? bosan tak? korang nak baca mesti bosan apatah lagi BW ni, malas nak pergi so biarkan si kakak aje yang pergi dengan pakcik-makcik dan cousin-cousin dia.

Harga tiket zoo kl ni memang mahal la berbanding zoo zoo lain kat malaysia ni. Nak tau harga tiket zoo negara terkini, klik sini yer >> Zoo Negara


Friday, October 25

Senarai Indoor Playground @ KL, Selangor Terkini

Salam Jumaat ....


Kali ni nak review pasal indoor playground. Trend ibu zaman moden ni, hantar anak pergi indoor playground, bapanya / maid yang jaga, so si ibu boleh la shopping sepuas-puas nya. Rasanya semua shopping complex dah ada indoor playground. So, kali ni BW nak senaraikan indoor playground yang terdapat di area KL, Selangor ni. Tapi yang ni sesuai untuk kanak-kanak sampai 9 tahun sahaja. Actually management akan state bawah 12 tahun, tapi kalau yang umur 10, 11, 12 ni masuk, confirm diorang akan cakap "tak best pun, budak kecil punya" (macam my nieces :)

Indoor Playground @ Masjid Tuanku Mizan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...