Friday, April 4

Resepi Cheese Cake / Kek Keju Coklat Marble

Salam ...

Just nak share resepi cheese cake chocolate marble. Actually ada loyang kecil aja, so resepi ni dapat dua loyang. Kalau ada loyang besar lagi bagus :) untuk lapisan bawah, guna resepi kek coklat ni, lebihkan serbuk koko jika suka.

Yummy. Cheese memang kesukaan BW dan dotter :)~

Bahan-Bahan (Lapisan Atas)

- 1 Cup Cream Cheese
- 1 Cup Plain Yogurt
- 1 Cawan Gula Kastor
- 2 Biji Telur
- 2 Sudu Besar Tepung Gandum
- 1 Sudu Kecil Esen Vanilla (Jika Ada)

Cara-Cara (Lapisan Atas)

1. Pukul guna mixer cheese dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur, tepung, esen vanilla dan yogurt pukul lagi sehingga sebati.
3. Asingkan sedikit adunan cheese dan campurkan serbuk koko
4. Masukkan adunan cheese coklat ke dalam plastik untuk buat corak marble.
5. Tuangkan adunan cheese ke atas kek coklat kukus.
6. Corakkan kek menggunakan adunan cheese coklat tadi
7. Kukus selama 30 minit. Sejukkan dalam fridge selama 4 jam.

Tips Tambahan;

Klik Sini untuk tips membuat cheese cake dengan pelbagai cara, perisa dan jenis 

Cream cheese yang BW selalu guna, ada cop halal Australia yer, jangan risau :p

 Ni sebelum dicorakkan. Adunan cheese coklat tu masukkan dalam plastik bunjut macam gambar tu kalau tade plastik piping ;)

 Sebelum dikukus. Tak berapa nak berseni coraknya :p

Selepas dikukus. Corak cam lagi tak cantik jer. Tape la asal sodap ;)~

Selamat Mencuba!

Entri Berkaitan;

1. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
2. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

7 comments:

  1. wah.. nampak sedap kek itu.. bahan-bahannya pun senang didapati.. kena cuba juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap (angkat bakul sendiri) ;p bahan-bahan yang diguna semuanya beli kat mall je, det's y mudah didapati, tak rajin nak gi bakery :)

      Delete
  2. nk tnya ni,,kek coklat yg bwh cheese tu kna buat sendiri dlu kew?nk buat asing kew or 2in1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat asing.. kukus/bakar dulu sampai masak kek coklat tu, baru leh masukkan adunan cheese cake pula, then kukus/bakar lagi

      Delete
  3. Sis..loyang yg sis guna tuk mbakar tu saiz brapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ... sorry tak pernah ambil tahu pula saiz loyang tu ... saiz sederhana, cuma tak sure berapa inci :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...