Sunday, September 7

Resepi Baked Oreo Cheese Cake / Kek Keju Mudah

Salam ...

Resepi Oreo Cheese Cake ni sangat mudah untuk dibuat. Bahan-bahan pun boleh didapati di hypermarket je, tanpa perlu cari di kedai bakery. Jom layan :)

Yummylicious Baked Oreo Cheese Cake. Yummy ;)~

Bahan-Bahan Adunan;

- 1 Cup Cream Cheese
- 1 Cup Plain Yogurt / Whipped Cream
- 1 Cawan Gula Kastor
- 2 Biji telur Gred A
- 2 Sudu Besar Tepung Jagung
- 1/2 Sudu Kecil Esen Vanilla
- 5 Keping Oreo (Dipatahkan)

Bahan-Bahan Base;

- 2 Pack Oreo
- Butter Cair Secukupnya.

Cara-Cara;

1. Pukul cream cheese dengan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan yogurt, telur, tepung jagung dan esen vanilla dan pukul lagi.
3. Masukkan beberapa keping biskut oreo yang telah dipatah-patahkan dan gaul.
4. Untuk base, buang inti oreo dan hancurkan sehingga jadi seperti bread crumb.
5. Campurkan butter cair kedalam oreo bread crumb dan uli sehingga jai doh.
6. Tekan-tekan doh oreo di permukaan loyang seperti gambar dibawah.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-45 minit, atau kukus dengan api sederhana selama 30-45 minit.
8. Jika dibakar, pastikan air diisi diloyang seperti gambar dibawah untuk mengelakkan biskut oreo hangus.

Tips Tambahan;

Klik Sini untuk tips membuat cheese cake dengan pelbagai cara, perisa dan jenis.
Ratakan doh oreo dipermukaan loyang.

Beginilah rupanya oreo cheese cake yang belum dimasak.

Pastikan letak air dalam loyang pembakar untuk elakkan base oreo hangus.

Bila keluar dari oven, sejukkan dulu kemudian masuk dalam fridge dalam 4jam. Nyum Nyum~

Entri Berkaitan;

1. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
2. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. haaaaa... yang ne ala2 buat kek batik biskut marrie... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... buat kek stepnya lebih kurang je semua :)

      Delete
  2. senang jer membuatnya ... boleh la cuba .

    ReplyDelete
  3. mudah jer kan... :D malas ngan rajin jerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ... kalau ada penggemar kat rumah, terus jadi rajin :)

      Delete
  4. Boleh juga ye klu guna kaedah kukus ye😊😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga kalau nak kukus ... cuma nanti bahagian atas dia tak berapa cun sebab kena air stim :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...