Thursday, September 18

Resepi Roti Pizza Home Made, Cili Sosej Dan Island Crab.

Salam ...

Resepi asal dari, Resepi Asas Doh. Cuma perlu ratakan adunan doh di atas loyang dan letak topping untuk jadikannya Roti Pizza ;) Rasa memang tak sama langsung la dengan Pizza Hut atau Dominos :p Rasa lebih kurang roti bun pizza macam kat kedai bakery je.

Island Crab Pizza. Sapukan Sos Thousand Island, kemudian letak potongan crab stick dan nenas. Cuma time ni tak ada stok cheese langsung dalam fridge :p

Bahan- Bahan;

- 1/2 Kg Tepung
- 1/2 Pack Yis Mauripan
- 1 Sudu Besar Shortening
- 1 Cawan Air Sejuk
- 2 Scoop Susu Tepung
- 1 Sudu Gula Halus
- Sedikit Garam.
- Sos (Ikut Suka)
- Topping (Ikut Suka)
- Parutan Cheese (Jika Ada)

Cara- Cara;

1. Ambil secawan air dan bancuhkan bersama beberapa ketul ais dan ketepikan.
2. Masukkan tepung, garam, yis, susu tepung & gula kedalam bekas dan gaul rata.
3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung.
4. Uli sehingga menjadi doh yang tidak terlampau lembik atau keras.
5. Masukkan shortening dan uli lagi sehingga doh tidak melekat ditangan.
6. Dok dilenyekkan dengan penguli dan dilekatkan di sekeliling
7. Biarkan doh mengembang menjadi 2X ganda, selama 1 jam atau 30 minit, Klik Sini.
8. Sapu dan ratakan sos yang disukai diatas doh yang telah mengembang.
9. Letakkan topping, boleh guna apa je yang ada dalam dirumah, ikut suka la.
10. Jika ada, taburkan mozarella cheese ataupun  letak potongan cheese cheddar.
11. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama  30 minit.

Tips Tambahan; Klik Sini

 Adunan doh dileperkan di sekeliling loyang. Kemudian dibiarkan selama 1 jam.

 Ni la hasinya, doh yang telah mengembang. 

 Sapu dan ratakan sos cili di atas doh, kemudian taburkan mix herbs dan susun hirisan sosej.

Letakkan potongan cheddar cheese kemudian bakar. Jemput Makan ;p~

Selamat Mencuba!

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
2. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
3. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
4. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

6 comments:

  1. Sedapnya...kebetulan tengah cari resepi pizza

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah cuba ... pizza msia ni konyang betul :)

      Delete
  2. Susu tepung dan gula tu nak bubuh berapa sudu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu tepung boleh letak dalam 2-3 sudu ... gula pula, sesudu dah memadai :)

      Delete
  3. Replies
    1. guna marjerin pun boleh ... kalau takde juga, guna minyak masak pun boleh ... kalau nak roti sedap dan wangi guna buttercup :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...