Sunday, December 14

Cara Buat Dessert Mudah, Roti Canai Pisang

Selamat Pagi ...

Korang suka makan roti canai dengan pisang tak? Sedapkan makan sebagai dessert :) Jom buat ...

 Yummylicious roti canai pisang disapu butter dan dimakan bersama sos strawberi dan choc rice :)~


Bahan utama yang diperlukan ialah pisang montel dan roti canai segera. Haha. Bukan lah resepi membuat roti canai dari awal. Susah tau nak buat roti canai ni, walaupun dah perap doh semalaman, tapi sebab tak pandai tebar, memang susah nak jadi, BW dah cuba beberapa kali, semua tak jadi :p

 Roti canai dibakar sehingga garing, sehingga mengembung macam ni dan terbalikkan.

 Susun pisang yang telah dipotong di atas bahagian yang garing. Penutup diperlukan untuk lembutkan pisang.

 Setelah bahagian sebelah roti canai dah garing, terbalikkan lagi bagi bakar pisang pula. Bakar dengan api perlahan. Beginilah rupanya bila semuanya dah masak :)

Nyum nyum~. Sapukan susu pekat di atas roti canai, dan taburkan milo :)~

Mudah je kan? Ni pun dessert la. Tapi dessert melayu-india gitu. Sesuai sangat untuk minum petang. Untuk breakfast ngan supper pun ok :)

Klik Sini untuk Dessert ala-ala mat salleh, Mini Pavlova.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

14 comments:

  1. Salam sis... Idah belum pernah cuba lagi makan roti canai dengan pisang... tak berat ker dua2 tu? kena cuba jugak kot nanti... :D
    Selamat berhujung mingguu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. hehe. memang berat tapi sedap :p tidak sesuai untuk yang berdiet. selamat hujung minggu juga acik idah :)

      Delete
  2. pisan bakar mmg sedap . saya dah try buat n mkn dgn roti ... perghhh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap.. bakar dengan butter pastu tabur gula perang.. mantops :)

      Delete
  3. Anak saya suka pisang dan roti canai, kalau buat resepi ni memang habis ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba buat.. sekeping sorang ni cepat je abis :)

      Delete
  4. perghh menarik.. kreatif me'variasi'kan makanan

    ReplyDelete
  5. wah simple ni.. boleh la syorkan kt mak nina. hehe :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...