Thursday, February 12

Tempat Menarik di Selangor : Bukit Melawati Kuala Selangor Bukit Bersejarah

Salam ...

Kalau korang nak jalan-jalan area dekat dengan KL, boleh la ke Kuala Selangor. Tarikan utama Kuala Selangor ni selain pantai ialah Bukit Melawati. Bukit Melawati ni tempat bersejarah. Disinilah rumah api dan kubu bagi Kesultanan Melayu Selangor zaman dulu-dulu.

Ni la rumah apinya. Kami tengok dari jauh je. Tak larat nak angkut anak-anak pergi tengok dekat :p

Sepanjang jalan ke puncak, dipenuhi dengan batu-batu besar ni disetiap lereng bukit.

Nak kesini kena naik trem ni. Kalau tak, kena jalan kaki la nampaknya :p

Pemandangan yang sangat cantik dari atas. Nampak Selat Melaka nun jauh disana.

Bangunan belakang tu namanya Baitul Hilal. Tapi kami tak naik pun. Kami just snap gambar sana sini dekat Meriam Bersejarah :)

Banyak betul la monyet kat sini. Lain sikit bentuk muka monyet ni dari monyet biasa.

Ni peta keseluruhan Bukit Melawati. Banyak tempat boleh dilawati. Model tu takut la duduk tempat tinggi :)

Banyak sungguh monyet. Jinak semuanya. Sepanjang kami nak balik, semua beratur je dekat tepi jalan, tunggu sesiapa hulur makanan kot :p

Banyak lagi tempat yang korang boleh ronda di Bukit Melawati. Tapi kami tak pergi pun semuanya. Untuk yang bujang, atau belum ada anak, atau anak-anak semua dah besar, boleh la ronda-ronda semua tempat, menarik juga sekali-sekala datang tempat bersejarah. Kami just tengok dari dalam trem aje lah. Tak larat nak berjalan semua tempat sambil dukung anak, walaupun dekat aje sebenarnya :)

Antara tempat yang boleh dilawati di Bukit Melawati (Seperti yang tertera dalam peta)

1. Rumah Api
2. Baitul Hilal
3. Muzium Bersejarah
4. Perigi Beracun
5. Batu Hampar
6. Muzium Permainan Tradisional
7. Makam Diraja
8. Kota Malawati
9. Meriam Penggawa

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

12 comments:

  1. Salam singgah sini sis...cantiknya pemandangan dia sis...entah bilalah dapat berkunjung ni sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. erm sangat cantik pemandangan. Kalau ada peluang nanti boleh la datang :)

      Delete
  2. Wah menariknya pemandangan bukit melawati. Blom pernah pergi lg. Seronok bawa ank2 jalan2 kenal sejarah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok, kalau yang dah pandai membaca boleh la baca sejarahnya, kalau kecil lagi main aje la :)

      Delete
  3. Akak tak pernah pergi Kuala Selangor.Cantik dan bersejarah.Insyaallah satu hari boleh bertamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak. Kuala Selangor ni, Bukit Melawati dan Pantai je cantik, pekan dia biasa aje, pekan kecil :)

      Delete
  4. banyak juga tempat yang boleh dlawati disini...selama tahu rumah api je yang ada kat sana :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ... bila kami datang pun tengok peta, tengok sekeliling, banyak gak tempat nak ronda ni :)

      Delete
  5. cantik jgk tempat ni ya..tak pernah pergi lagi..tmpt2 sejarah ni kdg2 best jgk pergi

    ReplyDelete
  6. klu pi bagan datok mmg lalu sini tapi x pernah singgah ... byk tpt blh pergi . tak rugi klu pi sini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh la singgah yer selalu dah lalu tu :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...