Monday, March 9

Terapkan Amalan Membawa Bekal Ke Sekolah

Salam ...

Dah dua bulan dah si kakak ke sekolah. Besar dah dia, 7 tahun. Sepanjang dua bulan ni BW latih dia bawa bekal ke sekolah. Dalam seminggu bawa bekal 3 atau 4 hari.

 Beli set bekal cantik-cantik, barulah anak semangat nak bawa ke sekolah.

Kalau kita nak terapkan amalan membawa bekal ke sekolah, kenalah terapkan dari kecil, bermula dari darjah satu. Sebab kalau dah besar contohnya darjah lima, mereka akan rasa malu nak bawa bekal.

Antara sebab utama kenapa perlu bawa bekal ialah;

1. Makanan di kantin kebanyakannya berminyak contohnya mee goreng, nasi goreng digoreng sampai timbul minyak dan melekat dipinggan. Kalau kita yang masak, kita boleh limitkan penggunaan minyak.

2. Makanan goreng dikantin seperti sosej dan nugget biasanya digoreng menggunakan minyak masak yang di recycle banyak kali sampai hitam, sangat tidak bagus untuk kesihatan. Kalau kita yang goreng, biasanya akan buang minyak selepas dua atau tiga kali goreng.

3. Makanan di kantin biasanya dimasak agak pedas, so tidak sesuai untuk anak-anak 7-8 tahun yang belum biasa makan pedas. Kalau kita yang masak, tidak perlulah letak lada dan cili bagai.

4. Makanan dikantin biasanya kosong jer. Nasi goreng, mee goreng semuanya kosong, karbohidrat sahaja. Kalau kita yang masak, boleh tambah sayur. Kita bekalkan sekali dengan dengan protein telur atau ayam. Letak juga sedikit buah-buahan. Kita boleh bekalkan makanan bernutrisi untuk anak kita.

Antara sebab lain kenapa perlu terapkan amalan membawa bekal ialah;

1. Mereka perlu beratur panjang untuk membeli. So, masa makan sedikit terhad, terpaksa makan laju-laju terutamanya yang beratur dibarisan terakhir. Ini tidak bagus untuk penghadaman.

2. Anak-anak darjah satu biasanya tidak pandai menggunakan duit untuk sebulan pertama persekolahan. So, dengan membawa bekal dia akan belajar dengan memerhati dahulu cara pelajar lain membeli.

3. Untuk membiasakan anak-anak dengan bekal, supaya bila dah besar nanti, dia tak malu untuk bawa bekal ke tempat kerja dan tempat berkelah.

4. Masak sendiri kebersihan terjamin.

Set bekal steel untuk makanan panas untuk si kakak
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

11 comments:

  1. InsyaAllah akan dipraktikkan sbb mmg dah niat utk buat kt ank once enter darjah 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kita terapkan amalan bekal ni yer, biar jadi macam jepun semua pun nak bawa bekal :)

      Delete
  2. betul tue ;)
    saya pon bekalkan anak ke sekolah

    ReplyDelete
  3. Memang bagus masalahnya yang tukang membuat isi untuk bekal tu huhuuuuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kan kekadang rasa malas. masak mudah-mudah simpan fridge. esok ambil je dalam fridge :)

      Delete
  4. makanan pun berkhasiat dan terjamin kebersihan kan :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. adik lelaki ke? biasa kalau lelaki memang tak nak bawa bekal kalau dah besar. perempuan pun ada juga yg tak nak kalau tak ajar dari kecil :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...