Thursday, March 12

Menu Bekal Ringkas Tapi Menarik Untuk Anak

Salam ...

Semalam dah cerita pasal menu mudah dimasak untuk bekal anak ke sekolah, Klik Sini. Kali ni menu ringkas tapi menarik. BW sendiri pun rajin beri anak bekal menu ringkas ni je dari masak-masak :)

 Set combo; roti bakar bersama nugget tempura, sosej, sos dan koko jelly.

Antara Menu Ringkas;

1. Sosej / Nugget Goreng
2. Fries Yang Digoreng
3. Roti Bakar inti Jem / Butter / Peanut Butter
4. Kuih-Muih Seperti Karipap & Cucur
5. Sardin / Sosej Roll
6. Roti Telor / Benjo
7. Burger Ayam / Daging
8. Hot Dog

Add On: Buah-Buahan / Timun / Salad / Cookies / Snek / Coklat / Gula-Gula

Walaupun ada yang rasa baik beli je, serupa je di kantin. Tapi, bila masak sendiri ni kita boleh pilih bahan berkuali. Contohnya nugget, kita pilih brand dari kilang yang bersih, kita cari yang halal. Tapi kalau di kantin, biasanya mereka beli yang tak ada brand, beli secara bundle. Lagi satu, kita menggoreng guna minyak yang bersih. Peniaga biasanya recycle minyak goreng sampai hitam.

 Ni sangat simple, cereal snek dengan roti bakar bersama butter dan creamer.

Karipap. Bawa lebih untuk kongsi dengan kawan-kawan. 
Actually buat dulu banyak-banyak dan simpan fridge, bila nak bawa bekal baru goreng.

Entri Berkaitan;


Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

11 comments:

  1. Sedapnya boleh buat bekalan untuk anak-anak ke sekolah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups.. menu ringkas untuk bekal ke sekolah :)

      Delete
  2. bawa bekal dr rumah lebih bersih.. nina pun suka bawa bekal tp kena rajin sediakn la.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. bagus lah kalau dah kerja pun bawa bekal. hopefully anak nanti pun tak malu bawa bekal sampai ke besar :)

      Delete
  3. Replies
    1. hehe.. ni kalau orang dewasa macam tak kenyang kot ;p

      Delete
  4. Kalau Zumal rasanya boleh gak makan camni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh... kena lebihkan kuantiti la kan, kalau tak rasa tak kenyang :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...