Thursday, April 16

Cara-Cara Jaga / Tanam / Ternak Cendawan Dirumah

Salam ...

Last time dah cerita pasal Misi Tanam Cendawan Dirumah, Klik Sini. Kali ni nak share pasal cara-cara penjagaan bongkah cendawan matang dirumah. Kalau nak tahu DIY Rumah Cendawan, Klik Sini.

Bongkah cendawan tak boleh letak dilantai tau, sebabnya takut nanti cendawan keluar terkena lantai, terbantut pula :p

1. Bawa balik bongkah cendawan matang dirumah. Cari tempat yang sesuai; gelap, lembap dan ada pengudaraan yang baik. Susun diatas rak atau bata seperti dalam gambar diatas. Biarkan selama empat hari. Tujuannya untuk membiasakan bongkah cendawan dengan rumah baru.

Letakkan kain lembap diatas bongkah cendawan.

2. Sekiranya tiada tempat yang lembap, pastikan sentiasa letakkan kain lembap diatas bongkah cendawan seperti gambar. Lembapkan sekali atau dua kali sehari, bergantung pada cuaca.

Buka penutup berlubang dan korek tanah sedikit.

3. Setelah empat hari, buka penutup berlubang bongkah dan korek tanah sehingga keluar sedikit, seperti gambar atas ni kay. Boleh gunaan batang sudu untuk korek tanah tu.

Gantikan penutup dengan stopper yang diberi waktu kita beli bongkah cendawan.

Kain lembap jangan lupa. Pastikan sentiasa ada.

4. Kemudian, bongkah ditutup menggunakan stoper. Ni kira macam proses perap benih la kot. Biarkan selama seminggu. Pastikan kain dibasahkan setiap hari dan letak atas bongkah.

 Buka stopper setelah diperap selama seminggu.

5. Setelah tujuh hari, masa untuk buka stopper. Inilah masanya untuk menunggu cendawan berputik. Cendawan akan berputik pada hari ke-empat setelah stopper dibuka.

Ok, tunggu empat hari lagi kay, kita tengok keluar ke tidak cendawannya ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)



36 comments:

  1. Replies
    1. menarik tak bela cendawan? :)

      Delete
    2. Boleh bagi contact number pembekal bongkah cendawan yang sudah ada benih?terima kasih

      Delete
    3. sorry tak simpan ... boleh google jer encik :)

      Delete
    4. Sdrredzuan dah dapat benih belum? Boleh contacts saya.. 0195727196

      Delete
    5. dah dapat mungkin ... dah lama sangat komen tu :)

      Delete
  2. saya pun suka mkn cendawan ni..tpi anak2 tak berapa..selalu beli...tiap2 minggu.klau nk buat jual ok jugak kan..tpi kena ada tempat yg sesuai la...sbb ada kawan dia bhenti kerja sbb usahakn projek tanam cendawan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak jual kena ada tanah besar kot, boleh buat bangsal. setakat buat kat rumah, tak berbaloi nak jual :p

      erm.. boleh cuba beli cendawan segar, maybe anak suka. cendawan segar rasa manis tak macam cendawan yang dah siap pack tu. memang beza rasanya. ni yg tanam sendiri ni :)

      Delete
  3. Kena cari bongkah cendawan la nanti ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari jangan tak cari. seronok berexperimen ni :)

      Delete
    2. saya menjual bongkah cendawan...
      boleh contact 0173355821

      Delete
  4. wow ! rajinnya ternak cendawan sendiri.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... suka suka. bukan buat apa pun. just lembapkan kain sehari sekali :)

      Delete
    2. Mcm mana nk dptkan pembekal bongkah cendawan ni ?

      Delete
    3. boleh beli di rumah penternakan cendawan ... kalau cik dok selangor boleh google 'cendawan tiram puchong'. saya pun beli disana.

      Delete
    4. saya menjual bongkah cendawan tiram...boleh contact 0173355821

      Delete
  5. ooo yg fresh lg manis ya...selalu bli dlm pack je kt tesco..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh cuba beli kat penjual cendawan, beli yg baru petik. memang rasa lain. kalau yg dalam pack tu kena rebus seround, pastu masak sup, barulah anak makan. yg pack tu kalau terus masak, anak sy pun tak suka :)

      Delete
  6. bagusnyaa,,,, saya suka...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah jumpe blog ni..saya baru beli bongkah..mmg diaertakan sekali cara2 dia..tapi mcm xyakin..tadi sampai2 rumah terus bukak penutup dia n sibuk lembabkan bongkah..rupenye kene biar tutup dulu 4ari ye?dlm kertas instruction mata 2 ari..so saya consider skali dengan waktu pengeposan.hahaha..ok la..tunggu lepas 4 ari la br korek sket tanah tu ek?tqpi saya xdpt pun penutup jaring2 tu.tu functionnye ape ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kot kalau dua hari jer, maybe pekerja tu nak bagi betul-betul confirm tu yang dia kata empat hari, fungsi dia nak bagi bongkah cendawan serasi dengan rumah baru jer ... penutup jaring tu tak guna pun, kedai cendawan tu guna penutup jaring untuk bongkah baru.

      Delete
  8. Berapa rege sebongkah cendawan tu... mcm best je yekkk... klu murah2 blh le nk cubeee... sapa2 yg tahu blh msg kat sy...019 3948477

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. di mana ya boleh saya dpt kan benih utk cendawan jenis ini.. tk. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... saya beli di penternak cendawan. saya tak tahu encik area mana, kalau area selangor boleh google "Cendawan Tiram Puchong" untuk dapatkan alamat.

      Delete
    2. Saya lagi haru dahlah beli kit cendawan RM70,siap iklan 3 hari bekerja bole dpt,dpt em lah ebooklah.lastly after a month n beberapa kali contact tokey tu mntk refund dptlh 6 bongkah tanpa em,tanpa apa2 panduan.huh google tgk blog bw cara nk handle benda tu ,x ke haru tuuu...x bertanggungjawab langsung GLOBAL lah sangat cendawan nko tu.....:p

      Delete
    3. memang banyak peniaga online jual bongkah cendawan dengan harga mahal ni ... kalau kita beli sendiri kat penternak cendawan RM2 ajer sebongkah, pekerja kat situ siap ajarlagi macamana nak ternak tau.

      sabor jer lah kan. adat membeli, memang terkena kadang-kadang. makin ramai peniaga online, mesti ada sorang dua yang hampeh tahu nak untung ajer.

      Delete
  10. kalau nak order bongkah cendawan boleh contact saya 012-6550925..hasil cendawan yang besar2.

    ReplyDelete
  11. Hi. Sy baru 1st time cuba2 nak tanam cendawan ni...
    Cara nk siram cendawan tu macam mana ea? Just letak tuala basah atas bongkah je ke?
    Saya dah ter'spray' di penutup stopper tu. Macam mana ye? Ada side effect?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ... tak sure lah, saya pun bukan penternak cendawan ... saja suka-suka jer ni tanam cendawan kat rumah. Cara jaga tu penternak cendawan tempat saya beli bongkah yang ajar.

      Boleh tanya kat tempat you beli bongkah tu side effect nya :)

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Saya ada menjual bongkah cendawan.Untuk pesanan klik sini ya..
    http://www.wasap.my/+601129330025/nakbongkahcendawan

    ReplyDelete
  15. Tehgah relax dekat rumah tiba tiba ibu balik bawak pokok cendawan. Lepastu kena paksa pulak jaga cendawan ni ಠ_ಠ

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...