Sunday, April 26

Resepi Mudah & Ringkas Muffin Coklat Sukatan Cawan

Salam ...

Resepi muffin coklat untuk 6 cup diameter 10cm. Boleh kurangkan serbuk koko, untuk rasa coklat yang mild, lebihkan serbuk koko untuk rasa coklat yang kick dan tambahkan coffee untuk jadikannya chococino. Resepi asal dari Resepi Asas Muffin / Cupcakes, Klik Sini.

Yummy~ Muffin chococino dengan taburan coklat rice.

Bahan-Bahan;

- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1/2 Cawan Serbuk Koko
- 1 Biji Telur (Gred A)
3/4 Cawan Susu
- 1/2 Cawan Minyak Jagung
- 1/2 Cawan Gula Kastor
- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla

 Sebelum dibakar just tuang 3/4 cup. Ni kalau nak letak cream sesuai la.
Muffin coklat ni extra serbuk koko, begini la hitamnya ;)


Cara-Cara;

1. Pukul minyak jagung dan telur sampai kembang.
2. Masukkan gula kastor, serbuk koko dan esen vanilla, pukul sebati.
3. Masukkan susu dan tepung bergilir-gilir, pukul lagi dan lagi.
4. Masukkan dalam acuan, 3/4 cup atau sampai penuh.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15-25 minit.

 Adunan muffin sebelum dibakar. Yang ni tuang full cup.

Setelah dibakar, beginilah rupa muffin yang kurang sedikit serbuk kokonya.

Sesuai dimakan bersama krimer dan coklat rice :)
Kalau letak butter cream atau cream cheese lagi sedap, jadilah cupcakes.

Selamat Mencuba! Klik Sini untuk tips tambahan baking muffin / cupcakes.

7 comments:

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...